Sunday, 6 November 2016

Tu Dia... Char Kuew Teow Pak Long Sedap


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kepada mereka yang meminati Char Kuew Teow dari Utara dengan harga yang murah, inilah masanya untuk anda terjah Dengkil, Selangor yang menawarkan Char Kuew Teow dengan harga yang berbaloi-baloi. LeYa telah berkesempatan merasai Char Kuew Teow tersebut yang memang sedap dan puas hati kalau makan. Best kan?



Char Kuew Teow Pak Long terletak di Taman Warisan Bestari, Dengkil, berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak di tepi jalan sahaja. Di sini ia menyediakan hidangan Char Kuew Teow yang anda memang ternanti-nanti untuk menikmatinya. Bersebelahannya juga, terdapat Gerai Burger dan Ice Blended untuk menambah selera rasa ketika sedang menikmati hidangan Char Kuew Teow.


Char Kuew Teow yang akan disajikan kepada anda yang pasti menepati selera pelanggan bermula jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam.  Untuk pengetahuan anda juga, mereka juga ada membuat penghantaran ke rumah-rumah berdekatan bagi yang ingin merasainya dari rumah. Rasa makanan dia? Jangan risau dan khuatir. Memang sangat sedap dan sangat berbaloi


Alhamdulillah... LeYa dapat juga merasa Char Kuew Teow Special yang dipesan oleh Otomen. Perut sudah kenyang. Azan Maghrib pun sudah berkumandang. LeYa dan Otomen terus mencari masjid berhampiran untuk menunaikan kewajipan kami sebagai muslim.

Credit Gambar dari Kakipersegi.com

Ini yang anda sedang ternanti-nanti kan? Char Kuew Teow Pak Long menyediakan hidangan Char Kuew Teow yang memang berbaloi dengan harga. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
Tel: 012-5617193 (Pak Long)
Lokasi: Taman Warisan Bestari, Dengkil, Selangor

Reaksi kOrang:

6 beri komen di sini:

Uncle Zuan said...

nyum nyum, lama tak makan ckt ;D

Shahida Dzulkafli said...

kalau makan char kuew teow yang sedap memang puas hati..
Tapi apakan daya jauh la pula tempatnya..

Illya LeYa said...

Jom3x...makan kat sini

Illya LeYa said...

Xpe...nnti dtg sini blh dtg singgah mkn

Hafiza AizZawa said...

mmg susah nk jupe yg sedap.. klu jupe mmg bertuah sgt.. nyum2..

Mama Darwiish said...

wah menyelerakan sungguh, kegemaran cik abg saya ni...harga pun murah huhu