Followers

Friday, 16 December 2016

Buat Duit Dengan Krik.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari ini LeYa nak kongsikan satu tutorial lengkap mengenai buat duit melalui blog dengan pengiklanan krik.my. Sebelum mengetahui lebih lanjut mengenai buat duit dengan krik.my, jom kita kenali dulu "Apa Itu Krik.my?" Krik.my merupakan sebuah komuniti pengiklanan blog yang baru dalam Malaysia. Blogger-blogger yang menggunakan pengiklanan krik.my ini berasal dari pelbagai latar belakang dan mereka sudah pun mendapatkan pageview blog yang melebihi 1000 UV sehari.


Buat Duit Dengan Krik.my

Langkah pertama yang perlu anda buat adalah daftar akaun dengan Krik.my. (Daftar Krik.my Di Sini). Isikan maklumat anda selengkap-lengkapnya. Anda dikehendaki ikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh pihak Krik.my. Log masuk ke dalam Krik.my seperti paparan di bawah.


Cara Untuk Meningkatkan Pendapatan Dari Krik.my

Seperti yang kita tahu, ramai blogger tercari-cari cara untuk meningkatkan UV daripada Krik.my. Di sini LeYa akan cuba berkongsi sedikit pengalaman bagaimana caranya LeYa sudah pun memperolehi UV 1000 sehari. Caranya adalah:

1. Shorten Link URL Blog Post

Dapatkan link krik.my dengan cara copy-paste link entry blog anda di ruangan seperti yang disediakan. Copy link krik.my tersebut dan paste kan ke FB Group dan media sosial yang lain untuk promosikan link blog anda.

2. Cost Per Unique Visitor (CPUV) Campaigns

Ramai Blogger mencari cara untuk mendapatkan CPUV daripada Krik.my dan LeYa akan cuba kongsikan kepada anda bagaimana caranya.
 
 
Untuk kempen CPUV ini, anda perlu mengeluarkan sedikit wang sebanyak RM15 untuk 1000 UV. Kemudian, tanpa anda buat apa-apa promosi link blog anda, pihak Krik.my akan mengiklankan setiap iklan anda di setiap ruangan media sosial sehingga cukup minimum pageview yang anda minta itu. Dari situ, stats blog anda akan automatik bertambah-tambah pengunjung yang datang ke blog anda.

3. Tingkatkan Pengunjung dan Pendapatan Krik.my dengan Copy Script ke HTML Code


Seterusnya cara untuk meningkatkan lagi pengunjung dan pendapatan krik.my ke blog anda adalah dengan cara memasukkan Script Krik.my ke dalam HTML code blog kita. Arahan telah pun disediakan oleh pihak Krik.my. Anda hanya perlu ikut sahaja setiap arahan berikut. Setelah Script dimasukkan, setiap link yang ada di blog anda akan dimasukkan bersama iklan dari Krik.my. Ini membolehkan anda menjana pendapatan melaluinya. 

Selain itu, cara lain untuk anda dapatkan lebih pendapatan melalui krik.my adalah:
  1. Sentiasa rajin untuk menulis entri baru di blog
  2. Pastikan ada entri baru setiap hari
  3. Tingkatkan pengunjung blog anda dengan blogwalking


Jumlah minimum earnings yang boleh dikeluarkan dari Krik.my adalah sebanyak RM10.00. Anda hanya perlu mempromosikan link blog anda ke seluruh pelosok media sosial jika inginkan  jumlah pendapatan yang banyak.

Kesimpulannya, terlalu banyak cara dan kaedah yang membolehkan anda untuk menjana pendapatan melalui medium blog. Anda Rajin! Anda Akan Perolehinya! Komuniti pengiklanan Krik.my adalah satu medium pengiklanan yang bagus untuk anda perolehi UV yang cepat dalam sehari.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: