Isnin, 19 Disember 2016

Tonton Online Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit (Episod 1-Episod 4)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sebuah lagi drama adaptasi novel. Kali ini novel karya Mia Kiff bertajuk 'Pengantinku Jatuh Dari Langit' yang diangkat ke layar televisyen. Drama 30 episod ini dilakonkan oleh Afifah Nasir, Hafreez Adam, Fahad Iman dan Faye Kusairi sebagai watak utama.
 
Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit bersiaran di Saluran Hypp TV Sensasi (Saluran 116) bermula pada 30 November 2016, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.

Dan, LeYa tahu tak semua yang ada atau memiliki saluran Hypp TV ini. Jadi, di sini LeYa akan memberikan tontonan drama online ini kepada semua pembaca dan penonton yang gemar dan minat drama melayu.

Okay, sebelum tu LeYa nak katakan yang drama "Pengantinku Jatuh Dari Langit" ini tidak seperti drama-drama melayu yang lain. Ia menampilkan cerita yang sangat unik dan berunsurkan komedi romantik serta tak sabar-sabar nak menonton episod seterusnya. Jangan Terkejut! Suami LeYa, Mr. Otomen juga layan drama ini. Bukan senang tau Otomen nak layan drama melayu. hehe... Ini membuktikan penceritaan drama ini telah memberi impak yang sangat baik buat penonton terutama lelaki.

Barisan utama pelakon drama Pengantinku Jatuh Dari Langit


Sebelum kita menonton drama Pengantinku Jatuh Dari Langit ini secara online, jom kita lihat dahulu sedikit mengenai profil drama ini.

Profil Drama Pengantinku Jatuh Dari Langit
Bahasa : melayu [Malaysia]
Studio : Creative Skill Solution
Idea Asal : Novel Pengantinku Jatuh Dari Langit karya Mia Kiff
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Skrip : Eja Lorena
Episod : 30 Episod
Pelakon : Afifah Nasir [sebagai Rinieta], Hafreez Adam [sebagai Arfy], Fahad Iman [sebagai Ayman], Kismah Johar, Faye Kusairi, Katrina Aziz [Datuk Khadijah], Syafnida Shuhaimi, Julia Farhana Marin, Azhar Sulaiman, Azam Pitt dan Suffila Aida.
Siaran : Bermula 30 November 2016, Setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam.
Saluran : Hypp Sensasi, Channel 116
 
 
Tonton Drama Pengantinku Dari Langit Secara Online Di Sini
 
Episode 2

22 ulasan:

  1. wahhhh dulu ada movie suami jatuh dari langit. nie pengantin pulak, tapi drama kan. :D

    BalasPadam
  2. Episod full please.cite ni best sgt

    BalasPadam
  3. Nak tegop cita ni kat mana

    BalasPadam
  4. Dalam youtube dah tk de dh...channel Freekey Tv....Mohon sesiapa ada drama ni nnty update la...nk sgt tgok

    BalasPadam
  5. Mcm mn kita na tonton online pengantinku jatuh dari langit..
    Sbb kita xde unifi..
    Best sagt crta ni

    BalasPadam
  6. hi saya dari singapore, mane nak tgk full ep? dah cari tapi tak jumpa

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com