Followers

Thursday, 31 March 2016

Mandi Manda Air Terjun Sagil, Gunung Ledang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Musim panas El Nino ini ramai mencari tempat mandi yang boleh menyejukkan badan. Jom, LeYa tunjukkan anda satu tempat ke Air Terjun Gunung Ledang yang terletak di Daerah Tangkak, Johor. Terkejut LeYa tengok apabila kawasan ini telah terjaga persekitarannya dan semakin ramai yang sudah tahu akan kewujudan Air Terjun di sini.

Kali terkhir LeYa ke Air Terjun Gunung Ledang semasa belajar di IPT, pergi bersama saudara mara. Tempat ini adalah tempat yang nyaman dan sejuk untuk menenangkan diri. 


LeYa dan keluarga ke sini bagi menikmati air sejuk dalam keadaan cuaca panas terik kini. Alhamdulillah, kelihatan fasiliti yang ada masih kekal sama seperti kali terakhir LeYa ke sini. Malah, ia telah ditambahbaik lagi bagi menampung kapasiti pengunjung yang datang. Jadi, Air Terjun Gunung Ledang bukan sahaja tempat yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga, berkelah dan mandi-manda tetapi juga boleh dilakukan aktiviti reunion, perkhemahan, kem bina semangat dan jungle trekking.

Lokasi

Lokasi Air Terjun Gunung Ledang ini terletak dalam kawasan Sagil dan tidak jauh dari Pekan Tangkak, Johor. Pengunjung yang ingin ke sini boleh sahaja memandu kenderaan sendiri atau mengambil teksi terus ke tempat lokasi. Pengunjung yang datang dengan kenderaan sendiri ada disediakan tempat letak kereta. Kemudian, dari situ anda perlu berjalan kaki menuju ke kawasan air terjun untuk mandi-manda.

Riang ria sanak saudara mandi

Harga Tiket

Jangan terkejut di mana di sini juga dikenakan bayaran masuk. Bayaran yang dikenakan cuma RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Manakala tempat parkir kereta dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 (jika tak silap laa...).

Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Air Terjun Gunung Ledang

Antara aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan di sini ialah:
  • Perkhemahan
  • Jungle Trekking
  • Kem Motivasi Pelajar
  • Mandi-Manda
Jika anda ingin melakukan aktiviti seperti di atas, anda perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak Resort Gunung Ledang. 



 

Kemudahan

Pengunjung tidak perlu risau kerana di sini terdapat kemudahan yang selesa untuk digunakan. Antaranya tandas dan bilik persalinan pakaian bagi pengunjung yang datang hanya untuk aktiviti hujung minggu. Selain itu, terdapat juga surau berdekatan dengan kawasan Air terjun Gunung Ledang ini. 

Penginapan

Jika anda bercadang untuk bermalam di sini, ada juga disediakan resort di dalam kawasan Air Terjun Gunung Ledang atau boleh juga menginap di hotel di kawasan Tangkak. 

Alamat:
Gunung Ledang Resort,
Batu 28, Jalan Segamat,
84020 Sagil, Tangkak, Johor.

Hubungi:
ledang@tm.net.my
Tel: +6 06 - 977 2888
Fax: +6 06 - 977 3555

LeYa kelaparan setelah puas bermandi-manda

Kebersihan yang dijaga baik membuatkan kawasan air terjun ini bersih dan nyaman. Jagalah kebersihan alam sekitar kita. Hargailah flora dan fauna yang berada di negara kita. 


Wednesday, 30 March 2016

ReviewDrama: Ahli Mesyuarat Tingkap (TV3)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


JS Pictures Sdn Bhd akan membawakan drama komedi terbaru menerusi slot Iris di TV3 yang berjudul Ahli Mesyuarat Tingkap. Menampilkan gandingan tiga pelakon terkenal iaitu Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Al Hadad sebagai watak utama. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini seperti Azrel Ismail, Mia Ahmad, Lufya Omar, Idris Khan dan ramai lagi. Drama bersiri arahan Azman Yahya itu bakal memaparkan jalan cerita berbeza bagi setiap episod. Saksikan babak mencuit hati tiga sahabat dalam drama Ahli Mesyuarat Tingkap yang akan ditayangkan pada 23 Mac, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran TV3.


JUDUL : AHLI MESYUARAT TINGKAP (AMT)

EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 March 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
SKRIP : Sofia J.Rhyland
PENGARAH : Azman Yahya atau Jinggo
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Izreen Azminda, Sherry Alhadad, Azrel Ismail, Kuna Muzani, Mia Ahmad, Lufya Omar, Nizam Rahman Dubmash, Lia Natalia, Idris Khan, Fizz Fairuz


WATAK PELAKON

Rita Rudaini sebagai Zai
Izreen Azminda sebagai Ju
Sherry Alhadad sebagai Ira
Azrel Ismail sebagai Azmel
Kuna Muzani sebagai Datin Bobo

Sinopsis Ahli Mesyuarat Tingkap

Drama ini mengisahkan antara tiga orang sahabat baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang sudah lama mengenali sejak di bangku sekolah menengah lagi. Apabila mereka sudah dewasa dan bekerjaya, masing-masing cuba untuk menganjurkan majlis pertemuan semula yang dikenali sebagai "Reunion of the Year" buat rakan-rakan sekolah mereka. Mereka juga menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Kenapa mereka beri dengan nama kumpulan seperti itu? Mana tidaknya, dalam mereka membuat pencarian teman-teman lama mereka, sempat lagi mereka bergosip tentang isu semasa mereka. Apa sahaja yang terlintas di hati dan fikiran mereka pasti akan dibualkan.

Pertemuan mereka telah menarik perhatian orang sekeliling yang mana mereka dianggap keterlaluan walaupun ia tidaklah membebankan orang ramai. Sesuai dengan tagline mereka iaitu "Tak Over, Tak Sah". 

Setiap daripada mereka mempunyai kerenah masing-masing. Dalam setiap episod yang ditayangkan akan memaparkan kerenah mereka yang mencuit hati. Ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman sekolah mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka.

Pelbagai aksi tiga sahabat  

"Tak Over, Tak Sah"

Tiga sahabat berebutkan seorang jejaka idaman

Tonton Online Ahli Mesyuarat Tingkap
Sekarang ini sudah pun berlangsungnya Episod 1 hingga Episod 5. LeYa cuba bantu korang untuk tonton episod yang lepas di sini. Jom klik link pada setiap episod di bawah ini ye.

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5

Credit To: myinfotaip.


Monday, 28 March 2016

Senangnya Ada Spa Di rumah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Petang-petang baru pulang dari kerja, badan terasa letih dan sangat tidak bermaya. 

Bestnya kan kalau boleh manjakan diri dengan rawatan spa.


Usah risau! Usah gundah! Anda kini boleh lakukan rawatan spa hanya di rumah dengan Set Mandian Marine Essence. Gabungan produk marine essence ini memang terjamin selamat tanpa bahan kimia dan telah terbukti keberkesanannya. 

Rangkaian produk marine essence yang berasaskan Garam Buluh ini merangkumi Sabun, Body Wash, Shampoo dan Toothpaste

SABUN MARINE ESSENCE

Kelebihan:-
 Mencerahkan ketiak dan celah-celah badan yang gelap
 Menghilangkan daki dan kesan gelap siku, lutut dan buku lali
✔ Mengurangkan rekahan pada tumit kaki
 Membantu mengurangkan gatal-gatal pada badan akibat radang eczema
 Menghilangkan pigmentasi pada kulit muka dan badan
✔ Membantu mengurangkan masalah jerawat pada belakang badan
 Melembutkan kulit
 Menghilangkan kesan parut

Selain untuk eczema, sabun marine essence ni sesuai jugak untuk sesiapa yang ada masalah ni :

Ruam badan
Jerawat belakang badan
Celah ketiak dan kelengkang gelap
Leher berkerak
Perut hitam gelap lepas bersalin
Jeragat muka
Kulit kering

ME BODY WASH

Kelebihan:-
 Mengurangkan stretchmarks selepas bersalin
 Menghilangkan kesan hitam dileher, ketiak, perut & seluruh badan
 Menghapuskan kulit kering & kusam
 Mengatasi masalah kulit muka yang berminyak  
 Mengatasi masalah eczema....baby pun selamat guna
 Mengatasi masalah kulit kaki pecah
 Mengatasi masalah selulit
 Mengatasi masalah jerawat di badan
✔ Mengatasi masalah bau badan
✔ Mengatasi rasa gatal bagi baby dan kanak-kanak yang terkena chicken pop / campak

ME SHAMPOO

Kelebihan:-
 Menyegarkan kulit kepala
 Menghalang kelumumur
 Menghalang kegatalan kulit kepala
 Menghilangkan kudis/ jerawat kepala
 Menyihatkan rambut
 Menghilangkan sakit kepala
 Membantu merawat stress dan kepenatan
 Menyuburkan dan melembutkan rambut
 Menghalang rambut gugur.
✔ Kutu kepala tiada

ME TOOTHPASTE

Kelebihan:-
✔ Mengekalkan gigi dan gusi yang bersih dan sihat secara proaktif dengan menangani masalah kesihatan gigi  iaitu : a. mencegah kaviti gigi
          b. mencegah masalah gigi
          c. mencegah pertumbuhan plak
          d. menguatkan enamel gigi yang lemah
          e. menanggalkan kotoran gigi
          f. mencegah nafas berbau
✔ Mencegah kerosakan gigi.
✔ Selamat untuk kanak-kanak dan dewasa.
✔ Membunuh bakteria untuk mencegah kerosakan gigi
✔ Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan menguatkan gigi dan gusi
✔ Membantu menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel gigi dan gusi
✔ Menyembuhkan luka kecil gusi, ulser mulut dan gusi berdarah
✔ Menyegarkan nafas 

Dapatkan SEKARANG!!!

✔ ORDER => WHATSAPP
+6017-6321680 (LeYa)
+6017-6321680 (LeYa)
+6017-6321680 (LeYa)

Saturday, 26 March 2016

Kisah Si Penjual Aiskrim Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam keadaan cuaca panas ni, amatlah seronok dan bestnya kalau dapat makan benda-benda sejuk kan. 

Jadi, dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh saudara biras pertama LeYa, maka terhasil lah cetusan idea LeYa menjual Aiskrim Malaysia di kawasan kampung tempat beliau tinggal. 

Buat permulaan, hanya bertulis tulisan tangan di sehelai Kertas A4 yang tertera:

"Aiskrim Malaysia Dijual Di Sini"

Perisa:
Milo
Asam Boi
Laici
Durian Belanda
Kacang Hijau


Dengan kesungguhan biras yang dipanggil KakLong untuk menambah sedikit pendapatan keluarga itu, membuatkan LeYa kagum dengannya. Zaman sekarang yang memerlukan wang untuk segala-galanya. Alhamdulillah, dapat juga membantu meringankan beban keluarga.

Selain itu, terdapat juga penjualan Ice Blended yang juga sedang hangat diperkatakan dan diniagakan.


~ MUDAH ~ MURAH ~ CEPAT ~

JOM BERKUNJUNG KE SINI BAGI MERASAI KENIKMATAN ICE BLENDED & AISKRIM MALAYSIA.

Makan Tengahari di Dapur Penyet Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jalan-Jalan Cari Makan. Itulah LeYa. Seringkali mengembara dan mencari tempat makan yang sedap. Telefon LeYa berbunyi menandakan mesej Whatsapp masuk. LeYa membuka dan terus membacanya. Seorang rakan LeYa semasa menuntut di Perlis dahulu ajak berjumpa untuk lunch. 

Alhamdulillah, hari itu beliau nak belanja LeYa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. LeYa memberikan lokasi "Dapur Penyet" sebagai menu pilihan makan tengah hari kami hari itu. Tepat jam 12.30 tengah hari, LeYa keluar dari pejabat dan terus menuju ke destinasi Restoran Dapur Penyet yang berdekatan dengan Restoran KFC di Cyberjaya.


Sambil menunggu kedatangan rakan, LeYa seperti biasa merakam gambar-gambar kenangan untuk diceritakan di blog ini. hehe... Menjadi lumrah seorang blogger untuk membuat cerita mengenai kisah kehidupan yang dialaminya.


Restoran Dapur Penyet, selari dengan nama diberi menyajikan hidangan dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang berupa Nasi Ayam Penyet, Empal Penyet, Burung Penyet, Lele Penyet dan macam-macam lagi. 


Berbual seketika sambil menunggu hidangan makanan sampai. Banyak cerita yang dikongsikan memandangkan agak lama tidak bertemu. Tidak lama pun berbual, makanan telah sampai. Yang seronoknya, makanan cepat dihidangkan di hadapan kami. Layanan yang mesra pelanggan. 


Menu Empal Bakar Penyet yang berharga RM9.90 dan Jus Durian Belanda yang berharga RM5.50 menjadi pilihan LeYa tengah hari itu. Wah! sedapnya kan tengok. Terasa lapar semula ketika menulis entri ni. 


Lupa nak bagitahu. Yang paling best sekali, korang boleh menikmati sup seberapa banyak yang korang nak. It's FREE


Banyak lagi restoran yang sedap di Cyberjaya ni. Cuma nak atau tak nak je kita pergi serta sediakan juga duitnya. 

    Alamat: Dapur Penyet Cyberjaya
    No. 3A, Cottage Walk,
    Persiaran APEC,
    63000, Cyberjaya.

    No Telefon: 03-83119989
    Hours: 
    Open today · 11AM–10PM

Thursday, 17 March 2016

Teroka Kegemilangan Kepulauan Riau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa minggu juga merancang untuk ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia, akhirnya pada 28 Februari 2016, LeYa dan Otomen berjaya menjejakkan kaki ke sana bersama keluarga untuk meneroka keseberang laut.

Kami ke sana untuk 2 hari 1 malam. Seawal 5.00pagi, kami sudah bergerak dari rumah abang Otomen di Johor Bahru ke Jeti Kukup yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebelum sampai ke Jeti Kukup, kami singgah di Petronas berdekatan untuk menunaikan solat fardhu Subuh dan kemudian bersarapan di kedai makan berhampiran untuk mengisi perut yang kosong ini.

Usai dari itu, kami meneruskan ke Jeti Kukup. Suasana ketika itu di jeti tidaklah begitu sesak memandangkan kami sampai pada awal pagi. Jadi, ia memudahkan kami untuk membuat pembelian tiket ke Tanjung Balai Karimun. 

Di kaunter tiket, kami diminta passport dan membayar harga tiket untuk pergi dan balik sebanyak RM125 seorang. 

Jeti Tanjung Balai Karimun, Indonesia

Bergambar di hadapan Hotel Holiday Karimun

Di sana nanti anda tidak perlu risau kerana ada banyak hotel dan harganya sangatlah murah dan berdekatan dengan jeti. Harga hotel yang kami inap lebih kurang dalam 180, 000 rupiah untuk 3 bilik. Selesai sahaja check-in hotel, kami tidak membuang masa untuk berehat. Kami terus sahaja mencari makan dan singgah di sebuah kedai yang menyediakan nasi padang.

Suasana Pekan di Tanjung Balai

Makan tengahari bermenukan 'Nasi Padang'

Selesai menikmati juadah makan tengahari yang lazat, kami pulang ke hotel untuk berehat seketika, bersolat dan membersihkan diri. Dalam jam 2.00petang, kami bergerak ke Pantai untuk melihat panorama keindahan pantai di sana.
LeYa dan Otomen

Deretan pondok untuk berehat di tepian pantai

Deretan pangkin/pondok yang dibuat oleh penduduk di sini, amatlah menarik minat LeYa untuk menerokanya. Satu keunikan dan tarikan bagi para pelancong yang datang ke situ. Ketika LeYa dan keluarga berkunjung ke pantai tersebut, tidak kelihatan orang ramai. Namun, ada juga lah penduduk tempatan membawa anak-anak mandi di situ.

"Apalah yang dipantau Otomen tuuu...."

Lewat petang, kami bergegas ke tempat menarik di Karimun untuk bergambar di sana. Pemandangan yang cantik dan indah. LeYa juga dapat lihat beberapa pembangunan yang sedang dalam pembinaan di mana suatu hari nanti tempat itu akan menjadi tumpuan pelancong yang datang ke situ.

Bergambar kenangan bersama keluarga

LeYa dan Otomen bergambar kenangan menikmatin keindahan pantai menjelang senja


Kereta "Angkutan" yang digunakan penduduk setempat untuk ke sesuatu tujuan kerana tambangnya yang agak murah berbanding kenderaan lain. 

Tanjung Balai Karimun, Indonesia memiliki keunikannya tersendiri. LeYa seronok mengembara untuk menyaksikan sendiri kehidupan di bumi orang, merasai kenikmatan makanan luar dan meneroka sesuatu tempat menarik. Pengalaman 2 hari dan 1 malam ini telah menginsafkan diri LeYa sendiri betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Allah S.W.T. yang Maha Hebat yang melahirkan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama di sesuatu negara serta etniknya yang pelbagai untuk diterokai. Akhir kata, jadilah pengembara, bukan sekadar hanya pelancong.