Followers

Sunday, 15 May 2016

Santai Hujung Minggu di Marry Brown

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Al kisah semalam bersama suami dan rakan karib suami serta isteri dan anaknya bersantai hujung minggu merehatkan minda setelah penat bekerja. Usai solat Maghrib, kami bergegas ke Marry Brown, Ayer@8, Putrajaya untuk menikmati makan malam kami hari itu. 

Memilih menu set lebih jimat memandangkan kami makan secara berjemaah. Makan-makan sambil berbual mesra setelah lama tidak bertemu. 
 
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Hehehe... Dah kenyang, baru nak bermadah ye... ekekeke... 


Kemudian, terasa malam masih awal untuk terus pulang ke rumah, kami berehat seketika di tepian jambatan yang sangat menarik yang menjadi tarikan pelancong apabila datang ke Putrajaya. 



Wednesday, 11 May 2016

Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian. 

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
  
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop


  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini. 

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store

Tuesday, 10 May 2016

Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap sahaja masa berlalu kan. Diam tak diam bulan depan dah pun bermula bulan Ramadhan. Tibanya bulan Ramadhan yang penuh barakah, memberi ruang kepada Peniaga, Usahawan untuk terus menjalankan promosi besar-besaran. 

Kali ini, LeYa bukanlah untuk berbicara mengenai promosi perniagaan yang sedang giat aktif di dunia Internet, tetapi hari ini LeYa ingin berkata tentang Kempen Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya sebanyak RM58,000. WoW! Banyak tuh... Siapa tak nak kan? 

 Yeos Malaysia

Kalau tak silap LeYa kan, ini adalah Musim Kedua Yeo's menganjurkan program ini. Kali pertama adalah pada tahu lepas dan LeYa tidak berkesempatan untuk turut serta memeriahkan program ini. Hehehe...

Okay semua... Jom kita tengok gambar di bawah ni dulu...


Enam orang selebriti yang akan turut serta pada tahun ini adalah AG, Heliza Helmi, Kaka Azraff, Shukri Yahaya, Feeya Iskandar dan Faiz Dickie. Memang best la kan dengan kehadiran mereka-meraka ini. Teruja sangat LeYa nak join. 



 Dalam kempen ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:-
  • Kumpulan Merah (AG dan Heliza Helmi)
  • Kumpulan Purple (Shukri Yahaya dan Kaka Azraff)
  • Kumpulan Biru (Faiz Dickie dan Feeya Iskandar)
Keenam mereka ini semua mewakili badan kebajikan masing-masing. 

Pasukan 1
  1. AG - Mewakili Yeo's Laici dan Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa
  2. Heliza Helmi - Mewakili Yeo's Soya dan Teratak Nur Barakah, Shah Alam
Pasukan 2
  1. Shukri Yahaya - Mewakili Yeo's Yeogurt dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
  2. Kaka Azraff - Mewakili Yeo's Yeogurt dan Rumah Nurul Hasanah, KL
Pasukan 3
  1. Faiz Dickie - Mewakili Yeo's Teh Kundur dan Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras
  2. Feeya Iskandar - Mewakili Yeo's Krisantimum dan Rumah Kasih Harmoni, KL


Terma dan Syarat untuk menyertai Kempen Yeo's

  1. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia
  2. Sumbangan dari pembelian produk Yeo's
  3. Setiap derma dinilai melalui akaun rasmi Wechat "Yeos Malaysia"
  4. Yeo's akan menambah lagi Duit Raya RM10,000 kepada kumpulan yang banyak mengumpul mata.
Rebut peluang untuk memenangi DUIT RAYA bernilai
  1. RM10,000
  2. RM5,000
  3. RM3,000
  4. Dan Hadiah Mingguan RM500
Memang sangat menarik kan! Jadi apa tunggu lagi. Jom semua! Cepat3x kita join "Kempen Yeo's Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua" sekarang!


Jom layari http://www.yeos.com.my/ atau boleh terus ke link http://www.yeos.com.my/beramalbersamabintang/index.html untuk membaca dengan lebih teliti syarat-syarat berkempen sambil beramal serta cara bagaimana ingin memenangi duit raya yang sangat lumayan itu. 


Antara produk-produk Yeo's yang ada di pasaran kini