Wednesday, 30 November 2016

Naib Juara Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Minggu lepas bersamaan dengan 26 November, LeYa bersama rakan blogger yang lain telah turut serta dalam aktiviti cabaran NESCAFÉ Tarik Mana Mana yang dianjurkan oleh pihak Nescafé Malaysia.


Aktiviti ini merupakan cabaran 'Amazing Race' yang buat pertama kalinya LeYa telah join. Dah lama juga LeYa nak rasa bagaimana menyertai aktiviti seperti ini. Alhamdulillah, LeYa dapat jemputan untuk menyertainya pada tahun ini oleh pihak Nescafé. 

Korang semua dah pernah cuba Nescafé Tarik? Ia adalah keluaran baru dari pihak Nescafé dan rasanya boleh dikatakan sama seperti di restoran-restoran mamak terkemuka.

Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana

Okay lah, LeYa terus kepada cerita sebenar. Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana anjuran pihak Nescafé Malaysia adalah bertujuan untuk mempromosikan produk terbaru iaitu Nescafé Tarik. Cabaran ini disediakan berkonsepkan amazing race, di mana para peserta atau blogger dikehendaki melengkapkan setiap tugasan yang ada di setiap checkpoint

 LeYa dan Otomen bergambar sebelum memulakan cabaran Amazing Race anjuran Nescafé. Kami berlainan team.

Ada 5 tugasan yang perlu dilengkapkan oleh semua blogger yang hadir. Blogger yang hadir diberikan kumpulan secara rawak kepada 5 kumpulan; Biru, Kuning, Merah, Putih dan Hitam. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli blogger yang bersemangat untuk menang.

LeYa dapat kumpulan Biru.

Cabaran pertama kami sebagai kumpulan Biru, perlu ke UTC Pudu untuk berinteraksi dengan orang awam untuk mempromosikan produk Nescafé Tarik kepada mereka serta berselfie dengan mereka sambil memegang tin minuman Nescafé Tarik. Alhamdulillah... orang awam yang kami temui semuanya baik-baik dan sporting. 

Cabaran kedua, kami dikehendaki membuat tarian singa. Pertama kali woo buat tarian singa ni. Susah rupanya nak beraksi. hehehe... Kami berjaya juga melepasi cabaran kedua ini.

Ini pula cabaran ketiga yang perlu kami selesaikan. Bergambar sedang membuat gimik Nescafé Tarik seperti model yang tertera di tin minuman Nescafé.

Cabaran ke-4 kami di Clock Tower, Jalan Medan Pasar. Kami diberi tugasan untuk bergambar dengan props yang disediakan. Memandangkan props yang ada banyak, jadi kami perlu bergambar secara individu dan berkumpulan. Motif utama kami masih kekal iaitu Nescafé Tarik Mana Mana.

video 
Cabaran terakhir kami adalah cabaran Mannequin di stesen LRT Masjid Jamek. Kami diminta membuat aksi keras seperti anak patung sementara kami dirakamkan untuk 30 saat.


Selesai 5 cabaran kami terus ke China Town bagi stesen terakhir untuk menamatkan segala aktiviti cabaran hari itu.

 
Kami sudah pun tahu yang kami adalah kumpulan terakhir sampai ke destinasi. Jadinya, kami sahaja berlengah sambil menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur. 

Sesampai sahaja di China Town, kami disaji dengan hidangan makanan yang sungguh menyelerakan. Namun, tidak bagi LeYa untuk merasainya dalam keadaan penat itu. LeYa sekadar mengambil buah-buahan dan desserts sebagai pembuka selera.


Usai sahaja menjamu selera, upacara penyampaian hadiah akan diumumkan kepada para pemenang. Seperti yang tidak dijangka, pasukan Biru meraih tempat kedua. Ternyata ia mengejutkan LeYa dan kumpulan kerana kami meraih kemenangan ini walaupun hakikatnya kami adalah kumpulan yang terakhir sampai ke Checkpoint. Rupanya, di setiap cabaran yang kami lalui tadi, pasukan kami adalah yang terbaik yang menampilkan produk Nescafé Tarik di mana-mana sahaja secara jelas. Alhamdulillah...rezeki kami. Terima kasih Nescafé Malaysia.

Tuesday, 29 November 2016

[PROMOSI] Bukan 1 Bulan, Bukan 1 Tahun, Tapi 2 Tahun Jaminan Tambahan Tau!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bukan 1 Bulan, Bukan 1 Tahun, Tapi 2 Tahun Jaminan Tambahan Tau! Mana Nak Dapat?
 
Nak tahu 'treat' EKSKLUSIF yang korang boleh dapat dari Senheng bulan ni? Memang best giler! Jangan ketinggalan kerana tawaran hanya berbaki 1 hari sahaja lagi. Cepat rebut peluang yang ada ini sekarang!

Biar betul! Cepat dapatkan promosi EKSKLUSIF ni dari Senheng sebelum 30 Nov ni!

Wah jom cepat-cepat tau! Jadi antara yang pertama menikmati tawaran ini di mana-mana Senheng seluruh Malaysia! Dapatkan info lanjut sebelum terlambat. Tawaran Istimewa Akhir Tahun.

Friday, 25 November 2016

Destinasi Menarik Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hujung minggu dan cuti sekolah ini rasa seperti nak ke suatu tempat yang indah dan tenang kan. Jadi, LeYa ingin berkongsi kepada semua tentang satu lokasi yang sangat cantik dan sangat unik sekali. Rekaannya seperti berada di luar negara.

Lokasi yang dimaksudkan adalah Masbro Village yang terletak di Paya Rumput, Melaka. Dari Pusat Bandaraya Melaka, hanya kira-kira 7 km ke sini. Ia menampilkan homestay gaya rumah tiga segi yang pasti akan membuatkan anda tertawan dengan keunikan dan kecantikannya.


Cantik kan? Macam berada di Australia pula kan. Teruja kan nak pergi ke sini. Memandangkan esok pun dah bermula cuti persekolahan akhir tahun, boleh lah rasanya bercuti bersama keluarga ke sini.


Pengurusnya, Mazlan Abdul Rahman berkata Masbro Village adalah sebuah perniagaan keluarga, dan nama Masbro adalah gabungan nama adik-beradik pemilik. Inspirasi rumah ini dikatakan mirip Brighton Beach di Australia. 

Yang menariknya di sini, Masbro Village mempunyai bahagian luarnya yang berwarna-warni dengan senibina rumah berbentuk segitiga. Landskap kawasan yang teratur dan kemas juga menampilkan elemen percutian yang menyeronokkan apabila ke sana. Ramai pelanggan sangat berpuas hati dengan keindahan kawasannya dan merasakan seperti berada di luar negara. Beercakap pada bahagian luaran sahaja, pada bahagian dalamannya juga tidak kurang hebat. Susunan perabot yang teratur, kemas dan bersih, amat lah selesa untuk pengunjung bermalam di situ.




Ruang dalaman yang cukup untuk membuatkan kita teruja dan terpesona. Sangat selesa dari sudut pandang mata kita. Best kan... Terasa macam nak ke sana je sekarang ni. Nak menikmati keindahan seperti gambaran di atas. 


Ibu-ibu dan Ayah-ayah yang mempunyai anak-anak dan mungkin merancang untuk membawa mereka bercuti, dan tidak tahu tempat yang hendak dituju, Jom ke MasBro Village ini. Pasti mereka akan teruja dan seronok bercerita pada rakan-rakannya bila buka sekolah masuk tahun baru nanti!

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi:

MasBro Village
Alamat :-
MasBro Village Paya Rumpun,
Batu 7, Paya Rumpun,
Melaka.
(berdekatan dengan Tesco Cheng Stadium Hang Jebat)

GPS Coordinate : N2.28651, E102.2135
No. Telefon :-
Booking : 013-313 6872 (Mazlan)
Check in : 012-370 4038 (Shah)
Facebook : MasBro Village

 

Thursday, 24 November 2016

BECOME A FASHION BLOGGER AT ZCOOP MAGAZINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
BECOME A FASHION BLOGGER AT ZCOOP MAGAZINE 


Are you someone who just loves to write and share stories to your readers out there? If you are, why not grow your skills by sharing them to a wider platform? ZALORA has opened up the opportunity for anyone who is looking to become a fashion blogger contributor at their digital magazine. Not only fashion, you can also cover various topics from beauty, travel, lifestyle, fitness career, entertainment and relationships. ZALORA ZCOOP Magazine is a digital magazine where you can gain exposure and bring your writing to a whole new level.


By participating in this project, it will definitely bring your amazing creative ideas to a wide audience as ZALORA’s website has more than 3.7 million visitors since last March 2015. Besides that, you will be proud when your articles are featured on the one of Asia’s leading e-commerce digital magazine. 


Do you want to know how you can participate in this amazing project?  Simply drop your article by email to the Editor-in-Chief OF ZALORA ZCOOP Magazine, Aini at nurul.aini@my.zalora.com with the articles you have in mind for specific category(s) and a brief (one paragraph) description of your self-introduction and what kind of topics you are interested in.  The best thing is you can choose to write in fully Bahasa or English for the digital magazine.
Follow this stated format for the subject line: [COUNTRY] [CATEGORY] - [TITLE] – [AUTHOR NAME]. Besides that, write to us a brief description of your article idea (e.g. “400-word article on travel) in the body of your email and also send along a couple of writing samples (if you have any). We will evaluate from there and get back to you ASAP!

Wednesday, 23 November 2016

Dashboard Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Wahhh.... Dashboard Blog bertukar wajah lagi. Terkejut LeYa bila bukak lembaran paparan blog ni. Eh! Kenapa dah lain? Hehehe... Sangat lah teruja dan seronok bila tengok Dashboard dah baru. Rasa semakin semangat nak update blog selalu.

First, masa mula-mula bukak blog ni tercari-cari mana hilangnya blogpost kawan-kawan. Tak dapat lah nak baca blogpost terkini mereka nanti. Cari punya cari rupanya, ada di bahagian Reading List. Hehe... Selamat. Ingatkan dah hilang tadi.

Okay lah, LeYa nak sambung godek lagi dengan paparan blog baru ni. Mana lah tahu terjumpa benda baru yang menarik lagi. Rasanya ramai juga hari ini, rakan-rakan blogger post tentang dashboard baru ni. Okay lah tu. Jom kita sama-sama belajar.

Monday, 21 November 2016

Wefie Bersama Galaxy J7 Prime dan Menangi RM50,000 Voucher Zalora

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buat semua pemilik Samsung Galaxy J7 Prime, ada berita baik untuk anda! Sertai #bestieberwefie dan anda boleh memenangi hadiah-hadiah hebat dari Zalora sebelum 04 Disember 2016 ini.

 Wefie Bersama Galaxy J7 Prime dan Menangi RM50,000 Voucher Zalora

 Kreatifkan lah diri anda untuk ber'wefie' agar boleh memenangi hadiah menarik dari Zalora.

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai contest ini, boleh pergi ke halaman Di Sini atau klik sahaja pada banner yg pertama di atas. 

Friday, 18 November 2016

Karnival K-Street Di Klang Parade Bermula 18-20 November

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Acah-acah nak ke Korea tak berkesempatan kan. Tak perlu risau. Jom ajak kawan-kawan atau keluarga kita hujung minggu ni ke Karnival K-Street di Klang Parade yang akan bermula pada hari ini, 18 November hingga hari Ahad, 20 November


Best kan? Lebih-lebih lagi yang memang minat tonton drama Korea dan K-Pop... Jangan lepaskan peluang untuk ke sana ye. Macam-macam aktiviti ada di sana. Dijangka karnival akan mula berlangsung dari jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Memang ronda sampai lebam la kalau ke sana nanti.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:

18-20 November
Korean Market - Ada banyak menu makanan, minuman & produk Korea yang akan dijual di situ. Wah! Memang syok ni... LeYa teruja betul rasa nak pergi.


19 November 10:00am - Pertandingan Mewarna K-Street 1:00pm - Pertandingan K-Storm K-Pop Dance Cover  5:00pm - Sesi Children K-Pop Dance Along 

Jangan lupa bawa anak-anak sekali untuk turut serta pertandingan yang dianjurkan. 


20 November
11:00am - Sesi Children K-Pop Dance Along 
1:00pm Pertandingan K-Storm K-Pop Dance Cover 
5:00pm - Sesi Children K-Pop Dance Along

Aktiviti best sepanjang hari pada 19 & 20 November 
- Contest Snap & Win dengan berpakaian traditional Korea
- Demo seni & kraf tangan bertema Korea
WoW!!! Mesti syok kan tengok kanak-kanak menari berjoget ala K-Pop. Lagi best kan, anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea tau dekat sini. Bestnya kan... LeYa dah lama sangat teringin nak pakai pakaian tradisional mereka seperti jeogori & jeaonbok. Lepas tu mesti segak pula bergambar dengan Mr Otomen yang memakai pakaian tradisional lelaki seperti gwanbok atau dopo. Memang sangat teruja dan seronok kalau dapat pergi ni.



Sumber Gambar: BudakBandungLaici

Thursday, 17 November 2016

BBPLUS Collagen Untuk Cantik, Sihat dan Bertenaga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Haiiii korang... LeYa kan pernah janji nak cerita tentang kebaikan BBPlus Kolagen ni. Okay guys... Hari ini LeYa cuba untuk luangkan masa menulis serba sedikit tentang BBPlus yang memang sangat lah best dan sedap diminum oleh semua golongan tidak wanita, kanak-kanak, remaja mahupun lelaki.
Best kan?

Kolagen sememangnya penting untuk badan kita untuk kesihatan. Dalam badan kita sememangnya ada kolagen semulajadi di kulit, kuku, rambut dan banyak lagi, tapi semakin kita berusia, makin kuranglah kolagen itu, mulalah masalah kulit kusam, berkedut, rambut rapuh,  kuku rapuh, sakit sendi dan segala macam. So untuk cover balik kolagen yang makin berkurang tu, LeYa pilih minuman kolagen dari BBPLus. Actually, ibu mengandung 6-7 bulan ke atas, dalam pantang, kanak² atas 4 tahun, lelaki, perempauan, remaja, nenek² semua boleh amalkan tau.


MENGAPA MEMILIH BBPLUS?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan boleh dikelaskan sebagai kolagen jenis 2 yang mempunyai struktur rantai asid amino yan seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yan rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yan pentin untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. (Sumber: Aisy Health & Beauty Mall)

 

7 HASIL KULIT CANTIK
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari
 
 
CARA PENGAMBILAN
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.

PERINGATAN
Tidak sesuai untuk pesakit diabetes.
Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.

KOMPILASI TESTIMONI BB PLUS COLLAGEN



 

HARGA SEKOTAK 20 sachet x15g
RM216 (SM) RM226 (SS)
PERCUMA PENGHANTARAN
 
BAGAIMANA NAK DAPATKANNYA?
WHATSAPP/TELEGRAM/SMS/CALL LEYA KE 017-6321680
 
BERMINAT NAK JADI AHLI?
JOM DAFTARKAN KEAHLIAN ANDA DAN DAPATKAN HARGA BBPLUS DENGAN HARGA AHLI HANYA RM 1XX...
 
MACAM MANA NAK JADI AHLI?
DENGAN HANYA MODAL RM50 UNTUK YURAN KEAHLIAN, ANDA BERHAK UNTUK MENDAPAT 10%-20% DISKAUN KE ATAS SEMUA PRODUK YAN DISEDIAKAN.
 
TAK SEMESTINYA KENA MENJUAL, PAKAI SENDIRI PUN DAH OK SANGAT. LAGI BEST BILA DAH JADI AHLI. MACAM-MACAM BENEFIT YANG ANDA AKAN TERIMA. SELAIN DARI KEUNTUNGAN RUNCIT, ANDA JUGA AKAN DAPAT BONUS SETIAP BULAN, PERCUTIAN KE LUAR NEGARA 2-3 KALI SETAHUN, ADA ILMU, ADA SISTEM, ADA MENTOR.
 
BEST KE BEST ?


GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAZA STUDIOS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

GiveAway Miniature Photography by Waza Studios

Wahhhh.... menarik kan giveaway pada banner kat atas ni. LeYa teruja sangat nak join. Jadinya, tanpa melengahkan masa lagi, LeYa membuat la serba sedikit entry "GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAZA STUDIOS" yang diminta penganjur ni.

Waza Studios adalah sebuah perniagaan berasaskan seni fotografi yang mana Cik Miza berkolaborasi dengan rakan sejawatnya menubuhkan syarikat Waza Studios ni di arena dunia fotografi di Malaysia. Gambar-gambar di instagramnya dah pun LeYa review dan LeYa sangat suka akan editing gambarnya yang sangat menarik. LeYa yang memang minat seni fotografi ni sungguh terpesona dengan setiap gambarnya.

Nak tahu lebih lanjut, jom terjah IG Waza Studios dan jangan lupa join giveaway ni juga ya...

Syarat-syarat untuk join GiveAway ni, boleh terus ke page Cik Miza kita yang comel jelita tu dengan klik link DI SINI.

#jomsapotwazastudios!

Wednesday, 16 November 2016

Wordless Wednesday: 20 Tempat Tercantik di Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


1) Aogashima, Japan

2) Bagan or Pagan, Myanmar


3) Detian Waterfall,Guangxi China

4) Galapagos Islands, Ecuador

5) Halong Bay, Vietnam

6) Havasu Falls di Arizona

7) Inga Falls, Congo River, Africa

8) Kelimutu volcano in central Flores, Indonesia

9) Lakes National Park,Lika, Kroasia

10) Lencois Sand Dunes, Brazil

11) Longji rice terraces in China

12) Lu Mountain, China

13) Mount Roraima, venezuela

14) Niagara Waterfall,North America

15) Raja Ampat,Papua,Indonesian

16) Salt lake of uyuni Bolivia

17) Vacation in Bora Bora Island, Tahiti

18) Velassaru Island, Maldives

19) hitehaven Beach, Australia

20) YingXi Corridor of Stone Peaks, China