Followers

Thursday, 12 January 2017

Limpahan Emas Tahun Ayam Jantan di Sungei Wang Plaza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Grand Launch of Abundance & Prosperity yang berlangsung di Sungei Wang Plaza pada hari Sabtu lepas bersamaan 07 Januari 2017 memberikan satu pengalaman baru kepada LeYa kerana dapat melihat latar budaya masyarakat Cina menyambut perayaan mereka di Tahun Baru Cina. Bersempena Tahun Ayam Jantan pada kali ini, suasana begitu meriah dan mewah melambangkan kekayaan dan kemakmuran pada tahun itu.


Melangkah sahaja masuk ke Atrium di Concourse Level, Sungei Wang Plaza, kelihatan sebuah pentas kecil dihias dengan bunga lotus dan sembilan ikan koi yang sedang berenang ke pintu gerbang naga memberitahu bahawa ia adalah simbol kepimpinan yang membawa kejayaan kepada peniaga dan penyewa dalam menyambut Tahun Baru Cina. 


Bunga Lotus atau Teratai membawa kepad kemakmuran dan 9 ekor ikan koi yang berenang-renang itu pula membawa maksud kepada kekayaan yang melimpah ruah untuk semua dalam menyambut tahun baru. Terdapat juga hiasan tanglung gantung warna merah dan ikan koi memberikan suasana keceriaan kepada semua peniaga dan pelanggan.


Sesi pendaftaran untuk Media dan Bloggers yang dijemput oleh pihak penganjur diadakan lebih kurang 30 minit. Kami diberi satu goodies bag berisi sampul angpau, kalendar, buah limau, hiasan tanglung, voucher Korean Ice Cream. 


Sebelum aktiviti seterusnya bermula, sempat juga lah leya bergambar dahulu dengan rakan-rakan blogger yang turut hadir ke majlis tersebut. Antaranya Kak Halimah dan Amir. Dapat juga LeYa lihat suasana di aras tersebut begitu meriah sekali. Suasana hiruk pikuk orang ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu upacara majlis yang sedang dilaksanakan.


Sempat juga lah makan makanan yang disediakan di situ. Okay.. memang nice and sedap juga. Yang penting semuanya halal dan dijamin bersih. Terasa kenyang jugalah perut ni walau pun hanya sekadar makanan ringan.


Tepat jam 1.30 petang, acara dimulakan dengan pembukaan dari Master Pang Heng Khan, pelukis kaligrafi yang melukis ikan koi Feng Shui berukuran 8 kaki serta dimeriahkan lagi dengan Tarian Singa dari Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang sangat hebat dan menghiburkan kepada para tetamu yang hadir. LeYa betul-betul rasa teruja bila dapat lihat tarian singa dari jarak dekat.Dan... speechless bila tangan dihulurkan dalam mulut singa, kita akan dapat sebiji buah limau.


Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang paling hebat dan menghiburkan para tetamu yang hadir

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang paling hebat dan menghiburkan para tetamu yang hadir

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang paling hebat dan menghiburkan para tetamu yang hadir.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang paling hebat dan menghiburkan para tetamu yang hadir

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang paling hebat dan menghiburkan para tetamu yang hadir.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Kemudian, acara diteruskan lagi oleh pengacara majlis dengan memberi penghargaan kepada Complex Manager, Ms. Yuen May Chee untuk membuat sedikit ucapan.

 

Selesai sahaja ucapan perasmian Abundance and Prosperity dari Ms Yuen May Chee bersama-sama Mr. Joseph Teo, Head of Marketing Communication, acara seterusnya dijalankan.
 
 
Setelah selesai persembahan Lion Dance acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari Ms Yuen May Chee Complex Manager Sungei Wang Plaza, setelah selesai ucapan perasmian Abundance and Prosperity dirasmikan bersama Mr Joseph Teo, Head of Marketing Communication dan jemputan khas Major (H) David Teo, Director Silver dan juga pelakon-pelakon "Love From Kampung" Jack, Jeff, Beauty, Bernard, Emily, January, Fancy, Bosvin and Juztin. Kemudian acara diteruskan dengan penampilan dari pelakon-pelakon "Love From Kampung" untuk sesi temua bual bersama tetamu dan sesi bergambar.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Kemunculan jemputan khas Major (H) David Teo, Director Silver dan juga para pelakon dari komedi filem "Love from Kampung" iaitu Jack, Jeff, Beauty, Bernard, Emily, January, Fancy, Bosvin dan Justin. Suasana gamat seketika apabila mereka muncul di pentas. Jeritan para peminat pelakon-pelakon ini mendapat sambutan yang meriah sekali.



Kemeriahan diteruskan lagi dengan aktiviti "Yee Sang Tossing Ceremony" bersama-sama para pelakon, tetamu kehormat dan juga para tetamu yang hadir. Tidak ketinggalan lah juga untuk LeYa mencuba dan bergambar ala-ala sedang membuat aktiviti Yee Sang. 

 
Yee Sang
 


Seterusnya, siaran ulangan video Rumah Victory Elderly Home ditayangkan serta pemberian cenderamata Koi Fish Feng Shui Painting oleh Master Pang Heng Khan kepada rumah kebajikan tersebut. 


Sesi temu ramah bersama pelakon "Love from Kampung" dan sesi bergambar bersama tetamu diteruskan. 


Sebelum pulang, LeYa sempat menebus Korean Ice Cream yang dikenali dengan nama "Jipangi". Ummm...sedap tak terkata. Kon berbentuk huruf "J" membawa maksud Jipangi, nama ais krim ini. Hehehe... 

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh lah layari:


Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: