Followers

Monday, 16 January 2017

Menikmati Sensasi Panorama Genting Highlands

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Okay... Cerita LeYa jalan-jalan makan angin dan honeymoon(entah kali ke berapa entah..hehe..) di Genting Highlands. Hehehe... Actually, LeYa dan Otomen tak merancang pun nak mendaki puncak Genting hari tu. Entah tetiba hari tu kami terajin untuk meronda dan merasai udara sejuk di sana. Fuuuhhh...memang sejuk sangat. Kabus tebal sehingga menghalang penglihatan untuk memandu kereta. 


Seperti kebiasaan kami mengembara ke mana-mana sahaja, Otomen akan memandu dengan tenang dan selesanya, manakala LeYa lah yang akan merakam gambar dan video semasa perjalanan menuju ke destinasi. Ekekeke...


Sempat LeYa dan Otomen berhenti seketika di jalan sebelum meneruskan perjalanan naik ke puncak. Kami berhenti dan berehat sebentar. Dalam sibuk-sibuk kami merakam gambar, datang 2 sahabat otomen menaiki motosikal berkuasa tinggi yang memang Otomen teruja untuk memilikinya suatu hari nanti.. 


Style bukan Otomen dengan motosikal berkuasa tinggi ni. Impian Otomen suatu hari nanti untuk memilikinya. Berbual mesra dengan mereka sehingga lupa yang kami belum tiba di atas lagi. Jadi, kami pun berjalan seiringan menuju ke puncak Genting Highlands.


Alhamdulillah... tiba juga kami ke destinasi yang ditujui. Okay... That's very long time ago, we didn't came here. As LeYa remember, the last LeYa come is late Year 2011. WoW!!! Lama kan... hehehe...

 

Menjadi lumrah dan kebiasaan kami untuk bergambar sakan dahulu di persekitaran. Tengok sahaja kabus di setiap gambar. Sejuk tak terkata uolls. Otomen dah menggigil kesejukan. Nasib sedikit lemak-lemak yang ada pada LeYa mampu menampung suhu kesejukan tersebut. Hehehe...


Kami bermalam hanya 1 malam di Resort World Genting untuk merehatkan minda dan badan. Pengalaman bermalam di hotel yang mewah memang LeYa rasakan seronok dan sangat selesa. 


Oleh kerana cuaca tersangat sejuk dan otomen tidak tahan, jadinya kami hanya bermain permainan indoor sahaja. Terlupa seketika kami akan masalah yang menyelubungi diri kami dengan keseronokan bermain setiap permainan yang ada di situ. Memang best dan happy sangat-sangat.


 

Suasana pagi yang dingin membuatkan kami ingin terus melelapkan mata. Namun, digagahkan juga untuk bangun dan mandi serta solat Subuh. Aha!! Walau di mana LeYa berada, kesihatan rambut perlu dijaga rapi, lebih-lebih lagi seharian bertutup dengan tudung. LeYa dan Otomen memang sangat mengambil berat soal penampilan dan penjagaan diri. Shampoo Marine Essence yang diperkaya dengan Garam Buluh ini memberikan kesegaran rambut pada diri anda walaupun seharian di luar. Ia juga dapat mengurangkan rambut gugur. Baunya sangat wangi dan sebab itu ia menjadi shampoo kesukaan kami.


Untuk anda yang menginginkan Shampoo Marine Essence ini, boleh terus hubungi LeYa di talian WhatsApp secepat yang mungkin (017-6321680). Harganya memang berbaloi dengan kelebihan yang diberikan. Harga untuk sebotol adalah RM38 (SM) / RM41 (SS). Harga tidak termasuk postage ye. LeYa memang nak cakap shampoo ni memang tersangat best.


Sampai di sini sahaja LeYa dan Otomen di Genting. Syukur alhamdulillah sangat-sangat kerana dilimpahi rezeki dan keluarga yang bahagia. LeYa dan Otomen sentiasa bersama ke mana jua. Doakan kami bahagia hingga ke jannah.
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: