Isnin, 16 Januari 2017

Sinopsis Drama Syurgaku Tak Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Drama terbaru yang akan bersiaran di Hypp Sensasi saluran 116 Hypp TV. Lakonan mantap dari Shah Iskandar, Uqasha Senrose, Raja Illya dan Didie Ilias. Drama ini akan bersiaran pada hari Isnin dan Selasa jam 9.00 malam bermula hari ini (16/01/2017).

Sinopsis Drama:
Masihkan wujud cinta sejati? Atau sekadar cerita dongeng? Kisah di antara Tengku Zariff dan Tengku Fariena yang merupakan dua sahabat yang lahir dari keluarga kaya raya. Manakala, Zalia hanya seorang gadis kampung yang masih tercari-cari arah tuju dalam kehidupan. 

Terjadi satu pertemuan yang tidak dirancang dan tanpa diduga telah membuka satu ruang kepada satu dendam lama yang terpendam selama berpuluh-puluh tahun. Siapakah dia? Mampukah syurga cinta mereka digugat hanya kerana dendam lama?

Drama 30 episod terbitan Dark Wave Pictures Sdn Bhd akan muncul malam ini di saluran Hypp Sensasi 106 Hypp TV pada jam 9.00 malam.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com