Selasa, 10 Januari 2017

Tahniah!!! Faiz Subri Kebanggaan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jutaan tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau telah meraih kejayaannya dalam Anugerah Puskas Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 di Zurich, Switzerland


Satu kebanggaan buat Malaysia dengan kejayaan yang tidak ternilai buat Faiz Subri sendiri. 


Jaringan gol cantik Faiz Subri yang telah dilakukan disifatkan seperti melanggar hukum fizik ketika itu, merupakan sepakan percuma yang melencong ke arah berlawanan. Tengok sahaja lencongan bola yang memasuki gawang gol, kita pun macam rasa tak percaya kan. Tapi ini semua adalah takdir Allah. Allah yang membuatkan bola tersebut untuk masuk ke gawang gol walaupun sepakan tersebut dibuat dari arah tepi. Kagum sungguh!

Disebabkan itu, ia telah viral di seluruh dunia. Faiz Subri, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah yang berusia 30 tahun ini telah menjadi penguat semangat dan dorongan kepada rakan-rakan sepasukannya untuk meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak negara ke persada dunia. 

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN DARI LEYA !!!

2 ulasan:

  1. TAHNIAH ! smoga faiz terus sukses =)
    mcm bentuk love pulak tgk seimbas. tggl letak jejari kita ja sbelah kalo nak lengkapkn bentuk tu hohohoh

    BalasPadam
  2. Faiz Subri memang terbaik :) Proud sangat

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com