Rabu, 22 Februari 2017

Jom Sambung Belajar Di New Zealand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

STUDY IN NEW ZEALAND ROADSHOW

Okay guys... Buat julung kalinya LeYa nak kongsi berkenaan Jom Sambung Belajar ni. Sebelum ni LeYa dah tak ambil kisah sebab sudah pun tamat belajar. Tetapi disebabkan atas jemputan program Study in New Zealand Roadshow di One World Hotel, Petaling Jaya, LeYa share kan juga info menarik ni. Study in New Zealand Roadshow merupakan sebuah program yang menganjurkan para pelajar untuk merasai belajar di New Zealand. 

So, kalau korang nak tahu, lebih kurang satu minggu lagi Study in New Zealand Roadshow akan bermula! Lokasi pertama sebagai pembuka karnival akan diadakan di Royale Bintang Hotel, Seremban pada 03 March 2017 dan seterusnya pada hari keesokannya akan diadakan pula di One World Hotel, Petaling Jaya, di mana LeYa akan turut serta di situ. Dua hari ini akan memberi peluang kepada semua anak muda untuk memilih tempat dan juga kursus belajar. Ibu bapa juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

 
Satu pengalaman yang menarik buat pelajar merasai suasana belajar di negara orang. Malah, anda juga boleh belajar berdikari dari semasa ke semasa tanpa bantuan ibu bapa di sisi. Pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma boleh membuat pilihan untuk sambung belajar di sini. 

WoW!!! Namapak tak kemeriahannya? Setiap tahun ramai yang akan hadir tapi masih ramai juga yang tidak tahu. Sebelum karnival bermula ni, LeYa dah bagitahu awal-awal untuk anda semua hadir untuk membuat pilihan kolej dan kursus ketika berada di sana. Dan, jika anda betul-betul berminat, boleh lah hantar permohonan sambung belajar! WoW!!! Sekali lagi. Mesti korang best kan. Dapat sambung belajar di New Zealand. Sebelum terlupa, jangan lupa bawa semua dokumen yang complete siap-siap. Fotostat semua dokumen banyak-banyak dan sahkan pada yang berkenaan. Then, bila dah ada di sana nanti boleh lah terus isi borang dan hantar.

Study in New Zealand Roadshow ini akan berlangsung 03 March 2017 dan 04 March 2017 jam 1ptg - 5ptg dan juga 11pagi - 6ptg di lokasi Seremban dan Petaling Jaya. Untuk lebih lanjut, boleh menerusi ke:

7 ulasan:

  1. Bagus perkongsian ni. Bestnya study dekat oversea. serius nak belajar dekat sana untuk master! :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi info ni! Saya memang bercadang nak sambung belajar kat oversea lepas ni, doakan saya ye :)

    BalasPadam
  3. wahhh!! Sally ni tgh struggle nak hbskan degree haa :(

    BalasPadam
  4. yg mana nak sambung belajar boleh join program ni. ada rezeki dpt sambg belajar overseas.

    btw, jemput singgah n komen :) http://nikainaa.blogspot.com/2017/02/untung-lebih-dengan-menjana-pendapatan.html

    BalasPadam
  5. berita baik utk yang nak sambung belajar...good luck

    BalasPadam
  6. sape yang betul-betul pandai memang layak..

    BalasPadam
  7. bagi yang hendak meneruskan pengajian perlu rebut peluang ini

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com