Monday, 20 March 2017

Jom Melancong ke Taiwan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jom travel ke Taiwan! Wahhhh....macam best dan seronok je bunyi nya kan. Sempena MATTA FAIR 2017 berlangsung minggu lepas, LeYa telah dijemput hadir ke program "Taiwan Tourism Promotion Event in Malaysia 2017" di Seri Pacific Hotel. 

Bila sebut tentang Taiwan pasti ramai di kalangan muslim macam takut nak ke sana kan. Ye lah... risau untuk mencari tempat makanan halal dan tempat solat yang selesa. Jadi, di sini LeYa akan cuba berkongsi sedikit perkongsian dari Chef Dato Fazley Yaakob, juara Masterchef Selebriti 2012 sebagai jemputan khas untuk berkongsi segala pengalaman dan tips beliau melancong ke Taiwan yang sangat sesuai buat muslim.


Bersama Chef Dato Fazley, DJ Radio JC Cheah turut mempengerusi program ini agar majlis kelihatan sempurna dengan kehadiran MC sebagai pembuka bicara.

Perkongsian menarik dari Chef Dato Fazley yang memuji tentang kebersihan, kemas dan cantik di pasar menjual ikan di Taipei. Ternyata pemikiran skeptikal terhadap Taiwan yang ingatkan tidak cantik jauh sekali berbeza bila sudah mendengarkan penerangan dari Dato Fazley. Pengalaman beliau mencuba makan Po Bu Zi (Cordia Dichotoma) dan Onsen Tamago (telur separuh masak) yang hanya boleh didapati di Taiwan sangat sedap sekali. Ini membuatkan LeYa sangat teruja untuk melawat Taiwan.
Menurut beliau lagi, sudah 3 kali beliau ke Taiwan. WoW!!! Ini membuktikan yang Taiwan sangat menarik untuk dikunjungi. Ternyata dari perkongsian beliau, Taiwan adalah sebuah negara yang sangat cantik dan bersih. Menaiki basikal atau scooter meronda kawasan Taipei, bandar utama Taiwan memang satu pengalaman yang sangat best dan teruja untuk LeYa sertai.



Yang menariknya lagi, kemudahan seperti tandas dan tempat solat juga sudah ditambahkan dan restoran-restoran di sana juga digalakkan untuk mendapatkan pengiktirafan halal agar pelancong muslim dapat melancong ke Taiwan dengan rasa was-was. Tentu seronok kan! Pelancong muslim pun boleh lah merasai masakan Taiwan dengan penuh selera sekali. Memang teruja betul LeYa nak melawat Taiwan. In-shaa Allah. Dalam program promosi hari itu, LeYa diberi sebungkus Pineapple Cake dan Chocolate Candy made in Taiwan sebagai goodies penghargaan. Lucky Draw untuk 2 tiket penerbangan ke Taiwan dan 2 penginapan di hotel Taiwan juga turut disediakan. Malangnya bukan rezeki LeYa. Terpaksalah LeYa mencari sponsor untuk ke Taiwan. hehehe....  

Anyone yang baik hati, budiman nak sponsor LeYa ke Taiwan ??? 


Teruja tak nak ke Taiwan bila dapat tahu Taiwan adalah sebuah negara yang cantik dan mudah untuk mendapatkan makanan halal? Yang pasti ini memang menjadi lokasi wajib untuk LeYa kunjungi. Memang berbaloi singgah di sini, dapat melihat kawasan Taipei dan merasai makanan Taiwan yang sedap-sedap, mengenal budaya di sana dan banyak lagi.


Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Tourism, boleh ke laman web ini http://www.taiwan.net.my/ms/

Reaksi kOrang:

1 beri komen di sini:

Jun Zie said...

wah kalo ada pluang mjejakkan kaki ke taiwan, pasti xsusah hati nak fikirkn tmpt makan =)