Tuesday, 14 March 2017

Kerja Di Singapura Bergaji Lumayan - Panduan Lengkap Mencari Kerja & Bekerja Di Singapura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

WoW!!! Best kan kalau dapat gaji yang lumayan. Untung anak dan isteri bila suami bergaji lumayan ni. Memang tak risau dah nak keluar duit dari dalam purse setiap hari. 

Mahu Kerja Di Singapura, TAPI Tak Tahu Bagaimana Caranya?  Nak Pakai Agen, Tapi Takut Kena Tipu?

Bekerja di Singapura memang boleh dapat gaji yang lumayan. Cuba korang bayangkan. Hanya bekerja sebagai tukang cuci dah boleh dapat gaji RM4,500. Tidak memerlukan pendidikan yang tinggi pun. Dah boleh merasa pendapatan yang lumayan. Itu baru tukang cuci. Kalau korang bijak sikit dan ada pengalaman serta pendidikan tinggi, maknanya lebih banyak lagi la gaji yang akan korang perolehi. Untung ke tak untung?

Tapi tahukan korang bagaimana pula untuk bekerja di sana? 

Jangan risau! Ebook ini pasti membantu korang untuk mencari kerja di Singapura. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik di sini >> Panduan Mencari Kerja Dan Bekerja Di Singapura

Di sini LeYa kongsikan juga beberapa contoh pekerjaan yang ada di Singapura yang korang boleh apply kerja di sana.


Senarai kerja di atas hanyalah bekerja sebagai tukang cuci sahaja. Ianya tidak memerlukan sebarang sijil kemahiran. Manakala gaji yang ditawarkan sebagai tukang cuci pula dalam lingkungan $1500 dan jika ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ianya berjumlah RM4500!

Kerja Tukang Cuci sahaja, tapi.. gaji RM4,500 ??

Itu baru kerja-kerja yang tidak berkemahiran (unskilled).
Kerja-kerja yang berkemahiran dan yang memerlukan  sijil (minima SPM) pula, gajinya adalah lebih tinggi dan lumayan.
Jika anda bekerja kilang sahaja pun dan mempunyai sijil SPM, kadar gaji yang boleh anda perolehi ialah sekitar SGD2,000 = RM6,000.

Ianya sangat lumayan kan!

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura!

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.

1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SGD 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!

2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu... gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!

3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan "dijual" oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda... anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. :)

4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini:

zeera lily said...

bab gaji tu best gila...

fizi said...

lebih suka kerja dimalaysia. kalau nak kerja kekayaan tapi tinggalknn family xbest