Thursday, 6 April 2017

Farisya's Massage Menerajui Bidang Rawatan Urutan Tradisional Masa Kini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Jika anda seorang yang sering mendapatkan rawatan di spa, anda akan perasan bahawa produk yang digunakan bagi setiap rawatan adalah dari luar negara seperti Perancis, Amerika Syarikat, Indonesia dan sebagainya.

Jarang sekali produk tempatan digunakan.

Menyedari hakikat ini, Farisya Azman, 18 atau lebih dikenali dengan panggilan Eisya memilih untuk membuka rawatan urutan tradisional sendiri yang diberi nama "Farisya's Massage".

Berbekalkan semangat dan pengalaman beliau ketika di bangku sekolah lagi, dia sudah mula berjinak mempelajari ilmu urutan secara tradisional dan membuat sedikit tempahan luar yang meminati gaya urutannya.

Terkini, selepas menamatkan pengajian di peringkat SPM dan memilih bidang kecantikan dan kosmetik rawatan spa di sebuah Kolej Komuniti, dia mula belajar cara rawatan urutan dengan lebih terperinci. Sangat mudah untuk seseorang yang ingin mempelajari bidang jika ia benar-benar meminatinya. Dia tidak kekok dengan aliran subjek yang diajar pensyarah-pensyarah bagaimana untuk memulakan bidang perniagaan dalam rawatan spa dan kecantikan.


Dia kemudian berkenalan dengan seorang pensyarah di tempat belajarnya. Dan dari situ dia diajar untuk membuka satu laman web facebook  kepada orang ramai mengenai rawatan yang dijalankan. 

Bagi menambah pengetahuan, dia mengikuti kursus Sijil Kecantikan di bawah Kolej Komuniti Gemencheh, Negeri Sembilan.

"Selepas itu saya banyak membuat kajian dan latihan urutan kepada ahli keluarga dan rakan terdekat serta mula menjenamakan rawatan saya sendiri".

"Suatu hari saya terfikir, saya telah membantu ramai orang berjaya mengembalikan ketenangan dan keselesaan pada badan mereka. Tidak akan selama-lamanya saya berada di belakang tabir. Saya juga ingin berjaya dengan rawatan urutan tradisional saya sendiri."

Rawatan Urutan Tradisional yang berasaskan bahan-bahan semulajadi digunakan dalam rawatan beliau.


Menurut Eisya lagi, rawatan urutan dari dia sangatlah berbaloi dan murah pada zaman ekonomi kos meningkat ini. Rawatan urutan kaki pada harga RM20 dan urutan badan pada harga RM30 adalah yang termurah untuk anda cuba merasai kehangatan dan ketenangan belaian urutan tangan sehingga membolehkan anda rasa sihat dan cergas kembali.

Kini, dia menjalankan rawatan urutan tradisional di Rantau, Negeri Sembilan. 

Tambahnya pada masa depan dia merancang untuk mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan untuk rawatan urutan tradisional yang baru diusahakannya ini. 

Sesiapa yang berminat untuk mencuba Rawatan Urutan Tradisional milik Farisya's Massage, boleh hubungi Eisya di talian 011-16196422 dan laman Facebook Farisya's Massage.
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini:

Haneeza Mohamad said...

sekarang ni memang spa jadi trend kan kak? hehe

www.neezalife.com

Cekgu Norazimah said...

Agak murah rawatan yang di offer, mmg berbaloi