Thursday, 20 April 2017

Gifted - Movie Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kali ini LeYa ingin mengulas mengenai American drama filem tentang seorang kanak-kanak perempuan, Mary Adler berusia 7 tahun mempunyai intellectual gifted yang berdepan dengan konflik hak penjagaan di antara pakciknya, Frank Adler dengan neneknya, Evelyn Adler. Filem ini mendapat tontonan hebat dari setiap penontonnya. 


Sinopsis Filem Gifted

Mengisahkan tentang Frank Adler (Chris Evans), seorang lelaki yang tinggal di sebuah desa di Florida. Setelah kakaknya meninggal dunia, Frank membesarkan anak buahnya, Mary Adler (Mckenna Grace). Mary kemudiannya sudah berusia 7 tahun dan dia dikatakakan genius dan memiliki intellectual gifted dalam menyelesaikan masalah matematik yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh kanak-kanak seusianya. Frank berpendapat untuk memberi pendidikan Mary hanya di sekolah biasa dan bergaul dengan kanak-kanak biasa yang lain. Malangnya, ibunya, Evelyn Adler (Lindsay Duncan) telah mengetahuinya dan menyangkal pendapat itu serta cuba mengeksploitasi anaknya itu dengan pelbagai alasan dan cubaan. Oleh kerana spekulasi alasan yang jahat dari ibunya itu, Frank berusaha keras untuk mendapatkan penjagaan Mary. Terdapat pertelingkahan berlaku dalam merebut hak penjagaan Mary. Siapakah yang menang dalam hak penjagaan itu?

Filem Gifted merupakan sebuah film drama yang ditulis oleh Tom Flynn dan pengarahnya pula oleh Marc Webb serta dilakonkan oleh pelakon hebat, Chris Evans, Mckenna Grace, Lindsay Duncan, Jenny Slate dan Octavia Spencer.


LeYa Review

LeYa memang suka tonton filem gifted ni. Jalan cerita yang menarik dengan adegan permulaannya sudah terus ke isu Mary. Mary telah dibesarkan oleh pakciknya, Frank dalam suasana sederhana tetapi cukup segalanya. Dia seronok berkawan dengan jiran sebelah rumahnya, Roberta Taylor (Octavia Spencer) dan kucing kesayangannya, Fred dek kerana dia bosan dan tidak serasi untuk berkawan dengan rakan yang berumur seusianya. Mary yang sangat berbakat kerana ibunya sendiri, Diane Adler adalah seorang ahli matematik terkenal. Bila kemunculan Evelyn Adler, barulah LeYa terasa ada klimaks di penceritaan ini di mana Frank dan Evelyn bertelingkah untuk merebut hak penjagaan Mary. 

Keseluruhannya, Gifted adalah sebuah filem yang baik untuk ditonton. Lakonan Chris Evans memang mantap dan lebih hebat berbanding cerita dari Captain America. Anda akan dapat rasai satu kelainan dalam tontonan film Gifted ini di pawagam.


Berapa bintang ?

Dengan ini, LeYa nak bagi
4.5 / 5
BINTANG 

Poster Gifted: Gifted 2017 Download | Sinopsis Gifted: Gifted 2017 Synopsis | Poster Gifted : Gifted 2017 Review | Review filem Gifted : Gifted  2017 | Barisan pelakon Gifted : Gifted 2017 |
Reaksi kOrang:

3 beri komen di sini:

Adzril Maizan said...

Wow. Macam best je citer2 camni. Rating leya bagi pun leh tahan tinggi. Memang best ye

LeYa n Otomen Taro said...

Aah... Sebab LeYa memang suka dengan cerita budak2 yang bijak ni... Budak Mary tu berbakat menyelesaikan permasalahan Maths yg dahsyat sekali.. Padahal baru 7 tahun

Mrs Pip said...

Ooooo seronok baca review...
Thanks leya.
Nak cari CD lah utk movie ni nnt ..