Khamis, 25 Mei 2017

Dreamworld Playland di Starling Mall dan IOI City Mall, Putrajaya Dibuka Hari Ini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Okay guys... Sejak akhir-akhir ni negara kita, Malaysia memang tersangat panas kan. Terkadang rasa nak pergi tempat sejuk je. Tapi budget duit pula kurang mencukupi. So... guess what LeYa nak bagitahu kat korang ni... Tak perlu risau lagi dah. LeYa ada satu tempat yang sangat menarik untuk korang bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di tempat yang COOL Playland di Malaysia ni. So... jom booking tarikh cepat3x hari ni, 25 May 2017 untuk nikmati 3 hari promosi dengan PEMBELIAN 1 PERCUMA 1 TIKET.


Dreamworld Playland ni adalah satu ruang permainan untuk kanak-kanak yang berumur sehingga 12 tahun. Mereka boleh bermain dengan suasana riang ria, selamat, sihat dan lebih meyakinkan lagi ibu bapa juga boleh menemani kanak-kanak saat mereka sedang seronok bermain.


Dreamworld Playland mempunyai keluasan sehingga 6,000 kaki persegi serta boleh memuatkan lebih kurang 120 orang kanak-kanak dalam satu masa. Seronoknya tengok suasana ruang permainan kanak-kanak ni. Teringin LeYa nak bawa saudara-mara kecil ke sini. Anak? Belum ada rezeki lagi. Kena lah bawak saudara dulu. Pasti mereka terhibur dan seronok bermain di sini. 

Dikatakan, kanak-kanak boleh memanjat melalui terowong, kemudian turun gelongsor, berjalan di setiap tangga dan terdapat pelbagai lagi cabaran yang mereka akan tempuhi ketika bermain di sini. Dengan bertemakan SALJI, Dreamworld Playland adalah satu lokasi yang sangat menarik buat kanak-kanak.







Best kan tengok cabaran dan halangan yang bakal kanak-kanak bermain riang di sini. LeYa pulak yang rasa tak sabar nak turut melihat keletah kanak-kanak bermain. Hehehe...

Jadi... semestinya lah nak tahu HARGA untuk masuk ke Dreamworld Playland ni. 

Pakej Untuk PARTI!
  1. Pakej Penguin (Weekday) | RM 68
  2. Pakej Snowman (Weekend) | RM 78
  3. Pakej ini untuk 2 jam Bilik Parti, Kanak-kanak boleh bermain TANPA HAD. Ada juga disediakan makan minum serta kad jemputan.
  4. Yang menariknya,Maskot Eskimo akan menghiburkan kanak-kanak di situ.

Terdapat juga 6 bulan pas masuk untuk ke Dreamworld Playland dengan harga hanya RM 288 yang berjumlah RM 5,840.
  1. Dapat Cash Voucher RM288 untuk Birthday
  2. Diskaun 20% untuk servis Drop & Shop
  3. Jemputan istimewa ke Dreamworld
  4. Indoor Play Centre Events
  5. PERCUMA Buku Pass Dreamworld
Pakej Parti di Starling Mall

Pakej Parti di IOI City Mall, Putrajaya
Untuk maklumat lanjut, sila layari :

IOI City Mall Address:

L2-16, Level 2, 
IOI City Mall, 
Lebuh IRC, 
lOl Resort City, 
62502 Putrajaya, 
Malaysia. 
Contact: 012-7029509 (Hazwan) 

The Starling Mall Address: 
S-202, The Starling Mall, 
No.6, Jalan SS 21/37, 
Damansara Uptown, 
47400 Petaling Jaya, Selangor. 
Contact: 012-7219509 (Yoong Fui) 

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com