Wednesday, 17 May 2017

Gaya Hidup Sihat Bersama Kerusi Urut GINTELL De' Space UFO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sempena Hari Ibu pada 14 Mei 2017 lalu, pelakon terkenal Hong Kong, Simon Yam telah membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya. LeYa telah diberi peluang untuk menghadiri program bersama GINTELL tersebut di mana Simon Yam akan memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space UFO sebagai hadiah untuk ibu tersayang buat para peminat dan pelanggan GINTELL bersama-sama menyambut hari yang bermakna ini.


Ibu adalah guru pertama kepada anak-anak sejak awal kehidupan mereka. Tiada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya dan masyarakat. Lazimnya sebagai seorang anak hendaklah mengambil berat kesihatan ibu serta menjaga kehidupan mereka seharian kerana sangat penting untuk memastikan ibu kita dalam keadaan sihat. Bersempena dengan Hari Ibu ini,  tiba saatnya seorang anak menghadiahi ibu sebuah kerusi urut agar dapat melegakan keletihan dan tekanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.




Menurut Simon Yam, "Ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh sabab itu, wajarlah sebuah kerusi urut ini, yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri.

Jadinya, pada hari tersebut, Simon Yam memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De' Space UFO yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai. Ia sangat memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik bagi melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari. 



Fakta Menarik mengenai Kerusi Urut GINTELL De' Space UFO

Merupakan sebuah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan hadirnya Kerusi Urut GINTELL De' Space UFO, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. 

Kerusi Urut GINTELL De' Space UFO menggunakan teknologi Aero V-Trek yang memberi urutan meliputi 45% lebih kawasan daripada kerusi urut yang biasa. Penggelek QUAD 3D direka bersesuaian dengan kontur dan bentuk badan setiap orang. Ia mengikuti setiap lengkungan tubuh bagi menyediakan urutan persisi dab telah disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke peha. 

Selain itu, 180 darjah Space Stretch adalah program konsep kiropraktik yang membantu melegakan tekanan dan ketegangan di tulang belakang serta badan. Ia juga menawarkan 360 darjah urutan yang lebih persisi untuk bahagian kaki mengikut keperluan setiap orang. 

PROMOSI Kebahagiaan Berganda dengan Pakej Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Ibu Bapa

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu Bapa, GINTELL menawarkan PAKEJ BELI 1 PERUMA 1 dengan harga dari RM4,988.  Kunjungi lebih daripada 100 cawangan GINTELL sekarang untuk menikmati tawaran hebat ini! 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk GINTELL, boleh kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara atau boleh juga hubungi maklumat seperti di bawah:-

Talian Khidmat Pelanggan 1800-88-6332
Facebook | GINTELL Malaysia
WeChat | GINTELL Malaysia
Website | www.gintell.com

Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: