Tuesday, 9 May 2017

Pelancaran Wangian 'BAYANG by Khai Bahar' dari RiSES Perfumes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memperkenalkan "BAYANG oleh Khai Bahar", wangian terbaharu dari RiSES Perfumes (RichSmart Event & Services) yang menampilkan bintang baharu Khai Bahar sebagai dutanya. Wangian edaran RiSES Perfumes ini adalah edisi terhad dan boleh digunapakai oleh semua golongan termasuk lelaki dan wanita. 


Baru-baru ini pada 03 Mei 2017, LeYa telah menghadiri satu majlis pelancaran wangian "BAYANG oleh Khai Bahar" di Zebra Square, Kuala Lumpur. Aroma 'Bayang' ini terhasil daripada inspirasi remaja mas kini dan ianya juga dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan Indonesia.


Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti penyanyi tersebut yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif yang amat sesuai dengan 'Bayang'. Pemilihan nama wangian juga adalah rentetan daripada kejayaan single pertama beliau sendiri iaitu 'Bayang'.


Sebelum wangian 'Bayang' dilancarkan, RiSES Perfumes sudah pun mendapat feedback yang sangat memberangsangkan dari permintaan dan saranan peminat beliau melalui akaun Facebook dan Instagramnya. 

"BAYANG oleh Khai Bahar" merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari JAKIM. Ia amat memberikan ketenangan fikiran kepada kedua-dua pengguna Islam mahupun bukan Islam. Penghasilan wangian 'Bayang' amat menitikberatkan kandungannya yang tidak mengandungi alkohol dan mematuhi keperluan syariah. Ini memastikan 'Bayang' kekal selamat untuk kulit manusia serta bersesuaian untuk digunakan dalam menunaikan solat bagi pengguna Islam.


Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes, Ahmad Shauqi Abd Wahab juga ada menyatakan tentang misi beliau menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama. Di mana wangian yang dihasilkan adalah menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik. Menurut beliau lagi, pemilihan Khai Bahar sebagai dutanya adalah simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh peminatnya.

RiSES Perfumes juga akan berada di Jakarta bersama Khai Bahar pada 15 Mei 2017 sehingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai dan seterusnya berpeluang memberi manfaat kepada semua dalam mempromosikan wangian 'Bayang' beserta jenama-jenama lain keluaran RiSES. 


Edisi terhad wangian "BAYANG oleh Khai Bahar" edaran RiSES Perfumes ini boleh didapati dalam bentuk 30ml EDP dengan harga RM90. Manakala bagi wangian eksklusif RiSES Perfumes pula boleh didapati dengan harga RM65 di pasaran tidak lama lagi. 


Justeri bagi anda yang mahukan wangian "BAYANG oleh Khai Bahar" ini, cepat-cepat dapatkannya kerana stoknya terhad. Anda boleh membuat pesanan mulai sekarang di laman sosial seperti di bawah:-

RiSES Perfumes ‘ BAYANG by Khai Bahar’

Website: www.myrises.com.my
Reaksi kOrang:

6 beri komen di sini:

luqman zakaria said...

Best tak bau dia leya?

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Dah keluarkan produk sendiri ya khai bahar ni

munirah mansor said...

Seronoknya dapat join event macam ni

E'in said...

wah.. best tak bau die?

LeYa n Otomen Taro said...

Luqman Zakaria & E'in :- Memang sangat wangi dan tahan lama.

Cik Cappuccino Latte:- Aah. Perfume 'Bayang' dari RiSES Perfumes.

Munirah Mansor:- Alhamdulillah... rezeki yg Allah bagi.

Uncle Zuan said...

wow khai bahar pun dah ada minyak wangi ek