Wednesday, 24 May 2017

Simkad Prepaid Buzzme - 1 World, 1 Simcard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Enabling Asia Tech Sdm Bhd (EA) memperkenalkan "SimCard Prepaid" yang juga dikenali sebagai m8 Buzzme World. Ternyata sim kad ini memudahkan kepada mereka yang ingin ke luar negara bagi tujuan pernigaan mahupun pelancongan. Pengguna hanya perlu mengikut langkah-langkah yang disediakan tanpa perlu membeli simkad yang baharu setiap kali melangkah ke destinasi di negara yang berlainan.





Simkad "Starterpack BUZZME World" boleh didapati dengan harga RM99 dengan nilai kredit RM50 di dalamnya. Cara pembelian boleh dibuat terus secara online di www.m8.com.my atau www.buzzme.com.my. Selain itu, anda juga boleh dapatkan di kiosk-kiosk 7 Eleven yang berdekatan dan juga perkhidmatan e-Pay (Touch Point).

Kelebihan Menggunakan Simkad Buzzme World
  1. Tempoh sah sehingga 1 tahun
  2. Tawaran 20% baki kredit yang tinggal jika tidak digunakan Internet sepenuhnya.
  3. Internet Roaming TANPA HAD
  4. Tambah nilai menggunakan sistem atas talian (Website / E-Pay)
  5. Menawarkan Insurans PA (Kemalangan Peribadi) bernilai sehingga RM100,000.
  6. Tak perlu beratur / tercari-cari simkad di luar negara.
Cara Mudah Menggunakan Simkad Buzzme World Staterpack

Permulaan
  • Masukkan simkad Buzzme ke dalam telefon bimbit anda.
  • Connect to WiFi.
  • Muat turun aplikasi m8 World Sim
Log Masuk
  • Masukkan no telefon dan kata laluan yang tertera di atas simkad
  • Daftar butiran peribadi seperti yang dipinta
  • Tunggu sehingga dapat pengesahan SMS & Email
Sebelum Penerbangan
  • Subscribe plan anda mengikut negara
  • Bayar menggunakan kad VISA / Mastercard / E-Pay
  • Terima SMS / Email - Nombor anda mengikut negara
Tiba ke Destinasi
  • Log Masuk Aplikasi dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan boleh menggunakan Internet sepuasnya.
Pulang ke Malaysia - Negara Asal
  • Log Masuk semula ke aplikasi dan pilih nombor asal anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:-

011 3400 4400 (Hello Centre)
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: