Friday, 5 May 2017

Watsons Brand Refresh Fashion Show 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah... rezeki LeYa semakin bertambah. Ada sahaja jemputan program-program yang diadakan sekarang ni. Pada 27 April 2017 lalu di IOI City Mall, Purajaya, LeYa telah dijemput menghadiri program "Watsons Brand Refresh 2017 - Fashion Show" pada jam 8.00malam. Guys!! Look weird kan! Watsons yang kita tahu adalah barangan kecantikan dan kesihatan tetapi pada malam tu diadakan pertunjukan fesyen. Tertanya-tanya jugak lah LeYa sebelum majlis berlangsung. 


Ia merupakan malam yang dihadiri oleh rakan-rakan selebriti Watsons, Blogger Community dan Media serta rakan kongsi Watsons. Watsons Brand Refresh Fashion Show adalah satu platform terbaik untuk pemberitahuan barangan baru Watsons, mengekalkan secara relevan dan in-trend pada setiap kesemua keperluan pelanggan. 

Pembukaan pertunjukan fesyen dimeriahkan dengan bang from live hot dance. Seterusnya, pengacara majlis menjemput Caryn Loh, Pengurus Besar Watsons Malaysia untuk memberi sedikit kata ucapan.


"Penjenamaan semula Watsons kepada keseragaman pakaian untuk kakitangan sebagai inisiatif untuk menjadi lebih relevan terhadap pelanggan agar kelihatan lebih cantik dan bersemangat sesuai dengan mesej 'Look Good, Feel Great'. Ia telah dipamerkan oleh barisan model dan selebriti dalam pertunjukan fesyen yang gilang gemilang pada malam itu." kata Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia.


Menurut Caryn lagi "Dengan lebih 420 buah kedai di seluruh negara serta berkhidmat lebih daripada 4 juta pelanggan sebulan di kedai-kedai dan di atas talian, kami sangat bertanggungjawab untuk terus relevan kepada semua pelanggan kami dan pada masa yang sama menyediakan produk ekslusif dan inovatif. Ini adalah wajah baru kepada pendekatan holistik untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan dari setiap kedai dan merasai serta dapat lihat perkhidmatan pelanggan, inovasi produk dan meningkatkan Watsons".







 





Watsons Brand Refresh Fashion Show sangat menyeronokkan. LeYa dapat lihat interaktif antara rakan-rakan selebriti tempatan seperti Fuying dan Sam, Amber Chia, Alvin Chong, Arja Lee, Husna Mustaffa dan Kit Mah. Mereka berganding bahu menuju ke pentas untuk memperagakan barangan dan pakaian seragam Watsons. Pakaian seragam Watsons ini akan dilaksanakan di seluruh kedai Watsons di Malaysia pada bulan akan datang. 

Sebagai menutup kisah LeYa malam tu, LeYa nak beritahu ada satu berita menarik buat semua yang bukan ahli Watsons VIP Card. Kini, adalah masa yang terbaik untuk menyertainya dan mendapatkan ganjaran voucher RM300 serta memperolehi mata ganjaran VIP 500 Mata setelah kad diaktifkan. Anda juga akan memperolehi RM5000 dari kelab kesihatan, makan, perjalanan, kecantikan dan lifestyle voucher. Watsons Ahli VIP Card boleh menikmati 8 faedah ekslusif bimbingan panduan tawaran hebat di lebih daripada 1000 lokasi #WatsonsRewards Merchant, dan mendapatkan 1 mata untuk setiap RM1 perbelanjaan, bayar menggunakan mata di mana 200 mata adalah bersamaan dengan RM 1, mata 2X pada semua Watsons produk jenama, mata 5X pada bulan Hari Jadi, 5x mata apabila membayar dengan Watsons VIP Card dan Touch 'N Go, dan diskaun eksklusif untuk produk kesihatan.

 

 
 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.watsons.com.my/
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: