Thursday, 15 June 2017

Tonton Teater Dendam Maharani Karya UTP di Kuala Lumpur



Menakjubkan dan Sungguh Teruja! Itulah yang LeYa boleh katakan buat pertama kalinya LeYa pergi menonton pementasan Teater di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Satu peluang yang LeYa tidak akan sia-siakan. Terima kasih diucapkan kepada Bro Framestone atas jemputan yang tidak terhingga ini. 

Pementasan teater dari bakat anak-anak muda dari Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi Petronas, Perak yang LeYa memang kagum dan teruja untuk menontonnya. Pementasan teater pada malam itu berjudul "Dendam Maharani".


Teater Dendam Maharani Karya Dr. Shark

Kerana ini adalah yang pertama LeYa pergi menonton pementasan mereka, jadi LeYa pun belum kenal di antara mereka semua. Seperti yang dimaklumkan kepada LeYa, Teater Dendam Maharani ini sebenarnya adalah karya dan skrip Dr. Shark. 

Sinopsis Teater Dendam Maharani

Dendam Maharani bertemakan teater bangsawan dan berlatar belakangkan suasana istana. Teater ini berkisahkan Cinta Tiga Segi yang juga diselangselikan dengan adegan politik istana serta muslihat si Maharani untuk membalas dendamnya. 

Difahamkan ia merupakan prequel daripada Teater "Istidraj Maharaja Beruk" yang mana LeYa sendiri pun tidak berkesempatan menontonnya. Menceritakan di mana seorang Maharaja telah mengahwini seorang gadis kampung, Mawar demi untuk mendapatkan zuriat kerana Maharani tidak boleh memberikan zuriat kepadanya. 

Hal itu telah mencetuskan dendam di hati Maharani. Maharani sedaya upaya membuat perancangan yang jahat untuk madunya, Mawar. Apakah yang akan terjadi kepada Mawar?

BARISAN PELAKON

Jasmin Sun – Maharani
Aizuddin Rosli – Maharaja
Awin Nisa – Mawar
Afiq Ammar – Memanda
Shahairol Fitri – Datuk Bendahara
Hidayah Kamarudin - Inang
Wanab Fairuz, Husna Rosdi, Narissa - Dayang
Nasuha Sofwani – Timah
Faiz Safwan – Omar
Nur Elmi – Mak Kiah
Adam Daniel – Nujum
Affi Syahfizal - Leman

Persembahan muzikal untuk tontonan Maharani di Istana

Persembahan jemputan dari 2 Ex Pelajar UTP + Tronoh Theatre Shop


LeYa memang kagum dengan mereka ni. Peminat teater pasti tidak akan lepaskan peluang menyaksikan setiap babak teater yang dilakonkan mereka setiap tahun. LeYa sendiri dah tersuka tanpa sengaja dengan pementasan teater mereka. Memang bertenaga sungguh mereka melakonkan setiap watak yang dibawa.

Barisan pelakon yang hebat-hebat dalam pementasan Teater Dendam Maharani

Bila blogger juga naik ke pentas untuk bergambar

Barisan pelakon golongan atasan di Istana

LeYa bersama Bro Framestone & Along Murni 
Macam mana??? Dari gambar-gambar yang LeYa tunjukkan ni, nampak best tak? Hehehe... Of course la sangat menarik lagi tertarik kan. LeYa kalau dijemput hadir lagi ke pementasan teater mereka ni, memang nak sangat pergi lagi. Hope Bro Framestone baca ni lah kan... Hahaha... Meraih simpati untuk tiket pementasan teater akan datang.

Korang boleh juga layari maklumat di bawah untuk tidak terlepas peluang teater yang akan datang:-


Official Instagram:

Official FB Page:
Official Twitter:
Reaksi kOrang:

2 beri komen di sini:

munirah mansor said...

Dah lama saya tak tengok teater

Shahida Dzulkafli said...

Adoi.. lamanya tak menonton teater..
Last sha tengok teater masa pementasan upin ipin.