Friday, 7 July 2017

Hari Raya Bersama Rakan Sekerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Raya hari yang mulia. Hari Raya hari yang bahagia...

Itulah lumrah di kalangan kita. Dah berbelas hari pun masih terasa lagi kemeriahan di Aidilfitri. Almaklumlah Raya kan sebulan...Hehehe...

Di hari raya lah kita sesama keluarga, saudara-mara, rakan taulan akan berkunjung ke rumah masing-masing. Kalau nak tunggu bulan-bulan seterusnya memang susah lah nak nampak batang hidung. Ada sahaja alasan sibuknya nanti. Jadi, di kesempatan Hari Raya ni, ramailah mengambil peluang untuk berkunjung sesama sendiri mengeratkan silaturrahim. 

Bahagian di mana LeYa bekerja
Sambutan Riang Raya Aidilfitri di Pejabat

Kebetulan pula hari ni Hari Jumaat, jadi kami satu pejabat merancang untuk buat makan-makan sempena Hari Raya di samping shooting video raya untuk Majlis Sambutan Raya Syarikat pada minggu hadapan. Wah!!! Di ofis sahaja lebih 2kali sambutan raya nya kan. Hehehe...

Riang Ria Hari Raya
Bermula jam 8.30 pagi di ruang legar tempat kerja, mula dipenuhi dengan rakan-rakan sepejabat untuk menjamu selera. Alhamdulillah... berkat tolong menolong, semua makanan yang dihidangkan adalah secara pot-luck di mana setiap orang bawa masakan masing-masing dari rumah dan bertukar selera di sini pada hari ini. Bila juadah makin banyak, makin ramai juga datang memeriahkan suasana.

Kek LeYa yang sangat sedap.... Saya suka3x...

Kejutan Birthday

Yang paling LeYa tak sangka sekali adalah sambutan Hari Lahir LeYa yang dibuat oleh rakan-rakan pejabat LeYa. Memang speechless dan terkejut sangat-sangat. Tak expect pun sebab Hari Lahir LeYa yang sebenar jatuh pada hari esok (Sabtu 08/07/2017). So...memang ingat makan-makan untuk Hari Raya di pejabat je... So.... atas sebab keprihatinan mereka, LeYa memang ucapkan terima kasih banyak-banyak dan tak tahu nak cakap apa lagi. Semoga rezeki kalian dilimpahi berganda-ganda dan diberi kesihatan dan kebahagian bersama keluarga tersayang.

Muka masih terkejut dengan suprise kek dari rakan-rakan pejabat
Selamat Hari Raya....

Unit LeYa yang awesome dengan boss yang sporting.
Akhir kata, LeYa bersyukur dapat dipertemukan dalam kumpulan rakan sekerja yang hebat dan mesra ini. Terima kasih kepada Unit LeYa sendiri iaitu Unit Aplikasi Sistem Cawangan yang telah menjayakan Birthday Suprise buat LeYa. Hehehe... Moga ukhuwah yang terjalin ini kekal sampai bila-bila. In-shaa Allah... Aaminn..
Reaksi kOrang:

6 beri komen di sini:

Ana Suhana said...

Meriahnya sambutan aidilfitri dekat pejabat leya. Seronok ana tgk. Mesti perut kekenyangan hari tu kan. Plg best ade birthday suprise tu. 😍

LeYa n Otomen Taro said...

Hehehe....Memang meriah pun...
Eh! Bukan hari tuh... hari ni punye la... Terus update..
Hehehe...
And my birthday is come tomorrow

zai zamree said...

wah...siap sambut besday lagi...hepi besday n selamat hari raya

Amanda Suria said...

Akak baru settle semalam...hehehe...Happy birthday in advanced Leya

Siti Yang Menaip said...

salam aidilfitri.. happy eid ^^

Uyul Rosli said...

perghh kak leya, meriahh betul tau beraya. uyul dah habis raya dah. tak dan nak pi semua tempat.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan