Rabu, 11 Mac 2009

Liverpool, Chelsea, Villarreal, Bayern melangkah suku akhir

Sy rasa gembira bila terbaca akhbar hari ni yg mengatakan Liverpool berjaya mara ke suku akhir..

LONDON: Liverpool membenam Real Madrid 4-0 manakala Chelsea yang seri 2-2 (agregat 3-2) dengan Juventus sudah cukup melayakkan dua kelab Inggeris melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah pada perlawanan awal pagi tadi.

Kelab Jerman, Bayern Munich pula mencatat sejarah kejohanan apabila menewaskan kelab Pertugal, Sporting Lisbon 7-1 dengan agregat 12-1.

Kelab Sepanyol pula Villarreal pula menang 2-1 dengan Panathinaikos (agregat 3-2).

Real yang tewas 1-0 kepada Liverpool pada perlawanan pertama, nyata tidak mampu menyerap asakan pemain Liverpool di depan penyokong sendiri.

Gol pembukaan Liverpool diperoleh penyerang Sepanyol, Fernando Torres hasil bola hantaran Dirk Kuyt pada minit ke-16, disusuli sepakan penalti Steven Gerrard selepas bola terkena tangan pertahanan Real, Gabriel Heinze.

Real terus malang apabila bola lintang Babel disudahi cemerlang oleh Gerrard, dua minit sebaik babak kedua bermula, manakala pemain gantian Andrea Dossena memastikan keselesaan Liverpool untuk gol keempat.

Liverpool mempunyai kelebihan satu gol apabila menundukkan Real di tempat sendiri pada pertemuan pertama sebelum ini.

Manakala pertemuan Juventus - Chelsea di Turin pula menyaksikan kelab Inggeris itu bangkit dua kali selepas ketinggalan kepada skuad kendalian Claudio Ranieri.

Vincenzo Iaquinta memperoleh gol awal Juventus sebelum dirapati gol jaringan Michael Essien.

Derita buat Juventus apabila Giorgio Chiellini terpaksa keluar padang selepas menerima kad kuning kedua ketika permainan berbaki 20 minit lagi.

Bagaimanapun, Juventus memperoleh harapan apabila Alessandro del Piero menyumbat penalti pada minit ke-74. Namun, Didier Drogba menjadi hero Chelsea apabila mudah melorongkan bola ke jaring lawan, kira-kira tujuh minit sebelum masa perlawanan tamat.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com