Selasa, 5 Mei 2009

Selesai sudah pelaksanaan Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga

Pagi ini sungguh dingin sekali. Terasa berat mataku untuk bangun. Lantas, ku tarik selimut di kakiku dan terus melelapkan mata sehingga jam di dinding menunjukkan angka 7.30pagi... Argghhh....aku menggeliat....Begitu cepat masa berlalu tanpa kusedari kerlipan burung berkicauan di luar dan suasana yang telah terang dinihari oleh sang cahaya mentari pagi. Aku bangun dan terus mencapai tuala. Aku mandi sepuasnya... Kedinginan air di pagi membuatkan aku menggigil kesejukan..

"Ggrrrr....."

Beberapa minit kemudian, setelah aku selesai mandi, aku bersarapan pagi di meja makan. Kemudian, aku mengemas rumah kediaman milik ibu dan ayahku...hehe..(aku lum ade rumah lagi..)..Aku membasuh baju, menyapu, mengemas bilik adik dan abang aku dan lain-lain lagi. Usai dari itu, aKu mula mengatur langkah ke kamar tidurku dan pergi ke arah meja serta membuka laptop untuk melayari Internet..

"Huuuhhh....penatnyer..erm...hari ni aku nak wat pe ek.."aku bermonolog di dalam hati.

Lantas, aku membuka Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga aku untuk di update. Aku mengemaskini laman web tersebut dengan pelbagai aktiviti dan menambah grafik untuk menarik lebih minat pengguna mengaksesnya nanti.

Dan kini, aKu gembira kerana berjaya menghasilkan sebuah Web Blog Rasmi LamanKeluarga aku sendiri. Berkat kerjasama yang diberikan oleh ahli keuarga sendiri, akhirnya Laman Web ini dapat juga dilaksanakan.

Kemudian, aku pun mula mengatur langkah untuk membuka pula laman blog kesayangan aku ini. Aku pun menulis entri tentang kejayaan aku dalam pelaksanaan Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga. Bagi pengguna yang ingin cuba untuk melayari URL LamanKeluarga aku, silalah layarinya di http://www.lamanknz.blogspot.com/

Tamat sudah entri aku yang bertajuk kejayaan aku melaksanakan Laman Web Blog Rasmi LamanKeluarga.

Antaramuka depan LamanKeluarga

3 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com