Rabu, 30 Oktober 2013

Fizo Omar kahwin 10 November depan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Fizo Omar kahwin 10 November depan28 Okt – Pelakon kacak Fizo Omar telah mengumumkan tarikh perkahwinan bersama anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Mawar pada 10 November ini.
Perkara itu telah diumumkan pelakon itu pada satu majlis sidang media yang berlangsung pada tengahari tadi di Cathay Cineplexes ECurve yang turut dihadiri Mawar serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
"Majlis akad nikah akan diadakan pada 10 November sehari selepas majlis pertunangan yang akan diadakan di kediaman keluarga perempuan di Country Height," ujarnya.
Majlis itu bakal disiarkan secara langsung oleh TV9 melalui program "Nasi Lemak Kopi O" pada jam 9.00 pagi dan diadakan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Selain itu, sebelum sidang media diadakan Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, itu turut membuat gimik dengan menayangkan video tanpa pengetahuan Mawar, 24, yang tiba-tiba muncul di hadapannya untuk melamar dan memberi bunga kepadanya.
Menurut pengacara "Nasi Lemak Kopi O" itu tujuan beliau membuat gimik itu adalah untuk membuat kelainan supaya boleh dijadikan kenangan terindah buat bakal isterinya itu yang boleh boleh ditonton di channel YouTube selepas dimuat turun nanti.
"Pada saya soal perkahwinan adalah sangat penting dan pembikinan video itu adalah hasil idea saya dan tujuannya untuk menunjukkan rasa kasih dan bertapa istimewanya dia dalam hidup saya"
Pada perkembangan lain, Fizo kini sedang sibuk dengan perniagaan Otai Burger dan bakal menerbit drama terbitannya sendiri serta akan muncul dengan program masakan yang akan disiarkan di TV9.

3 ulasan:

  1. Dah nak kahwen da Hero Kelate kite ni.. Apa pun moga semua yang dirancang berjalan lancar.. Btw "hot burger" keluar bro Fizo dah makin hot skrunk..tahniah murah rezeki

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com