Ahad, 11 Mei 2014

Kejayaanku Adalah Kejayaan Ibu Ayah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... LeYa semakin hari semakin dimurahkan rezeki. Terima kasih pada sahabat saya, Aimie Mokhtar yang banyak membantu LeYa dalam usaha menambah pendapatan. Kami mengenali sejak di UTeM lagi dan kini telah hampir 3 tahun bersama sebagai rakan dan sahabat dalam apa jua masalah yang LeYa hadapi akan dikongsi bersama beliau. hehe... Tidak dilupakan juga pada ahli keluarga LeYa yang terutamanya Ibu dan Ayah yang mendidik dan membesarkan LeYa sehingga berjaya kini.

Berbekalkan ilmu perkomputeran yang saya menuntut selama lebih kurang 6 tahun dalam bidang Teknologi Maklumat, membawa perubahan dalam hidup LeYa untuk cuba menceburkan diri dalam perniagaan online. Bermula dengan blogging pada tahun 2008 dan menggunakan tapak Blogger.com sebagai platform untuk LeYa's Blog dikenali di dunia Internet.

Kemudian, menjejakkan kaki ke tahun 2013, LeYa sekali lagi membina sebuah laman web berupa korporat sebagai medium perantaraan LeYa sebagai tapak mempromosi bakat dan kreativiti LeYa dalam dunia fotografi. Kalau dahulunya dikenali sebagai LeYa Production. Namun, kini dengan gabungan Mr. F, LeYa telah menukarkannya kepada LF Production. LF Production kini telah menjadi tapak web utama dalam setiap pembangunan web/blog yang LeYa telah bangunkan.

LF Production
LF Production
Sekali lagi, LeYa menggunakan kemahiran yang ada dengan membangunkan sebuah laman web khas untuk jualan seperti pakaian dan aksesori, perfume, handbeg dan banyak lagi dalam Hanna Boutique. Hanna Boutique ini telah mendapatkan bantuan dari kakak ipar kepada Mr. F dan juga rakan sekelas semasa sekolah menengah dahulu dalam promosi dengan meletakkan barang-barangnya di situ. 

Hanna Boutique
Hanna Boutique
Detik-detik LeYa dalam mengharungi rintangan untuk membangunkan kesemua laman web ini sangatlah mencabar. Alhamdulillah, akhirnya LeYa mampu lakukan. "Bukan mudah untuk kita mencapai sesuatu yang kita hajati, Tetapi tidak sukar jika kita sudah memilikinya". Kata-kata ini yang LeYa sering abadikan dalam diri apabila menyiapkan tugasan.

Menjadi seorang Pengaturcara atau Pembangun Web bukanlah suatu kerja yang mudah. Seorang Developer kadang-kadang terpaksa mengorbankan banyak perkara sebagai contoh masa dan wang ringgit. Setiap tugas yang dilaksanakan telah dipertanggungjawabkan untuk disiapkan sehingga "timeline" yang diberikan majikan. Pengorbanan seorang Developer dalam pembahagian masa amatlah berguna jika ada masa terluang yang ingin dikongsikan bersama keluarga. Keluarga juga penting dalam kehidupan seharian. Jadi, hargailah jika anda mempunyai pasangan atau ahli keluarga yang sibuk bekerja. Apabila pulang ke rumah, layanilah penuh santun dan hormatilah diri mereka kerana seharian mereka memerah otak dan keringat dalam menyiapkan tugasan mengadap coding di skrin komputer..

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com