Sabtu, 26 Mac 2016

Makan Tengahari di Dapur Penyet Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jalan-Jalan Cari Makan. Itulah LeYa. Seringkali mengembara dan mencari tempat makan yang sedap. Telefon LeYa berbunyi menandakan mesej Whatsapp masuk. LeYa membuka dan terus membacanya. Seorang rakan LeYa semasa menuntut di Perlis dahulu ajak berjumpa untuk lunch. 

Alhamdulillah, hari itu beliau nak belanja LeYa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. LeYa memberikan lokasi "Dapur Penyet" sebagai menu pilihan makan tengah hari kami hari itu. Tepat jam 12.30 tengah hari, LeYa keluar dari pejabat dan terus menuju ke destinasi Restoran Dapur Penyet yang berdekatan dengan Restoran KFC di Cyberjaya.


Sambil menunggu kedatangan rakan, LeYa seperti biasa merakam gambar-gambar kenangan untuk diceritakan di blog ini. hehe... Menjadi lumrah seorang blogger untuk membuat cerita mengenai kisah kehidupan yang dialaminya.


Restoran Dapur Penyet, selari dengan nama diberi menyajikan hidangan dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang berupa Nasi Ayam Penyet, Empal Penyet, Burung Penyet, Lele Penyet dan macam-macam lagi. 


Berbual seketika sambil menunggu hidangan makanan sampai. Banyak cerita yang dikongsikan memandangkan agak lama tidak bertemu. Tidak lama pun berbual, makanan telah sampai. Yang seronoknya, makanan cepat dihidangkan di hadapan kami. Layanan yang mesra pelanggan. 


Menu Empal Bakar Penyet yang berharga RM9.90 dan Jus Durian Belanda yang berharga RM5.50 menjadi pilihan LeYa tengah hari itu. Wah! sedapnya kan tengok. Terasa lapar semula ketika menulis entri ni. 


Lupa nak bagitahu. Yang paling best sekali, korang boleh menikmati sup seberapa banyak yang korang nak. It's FREE


Banyak lagi restoran yang sedap di Cyberjaya ni. Cuma nak atau tak nak je kita pergi serta sediakan juga duitnya. 

    Alamat: Dapur Penyet Cyberjaya
    No. 3A, Cottage Walk,
    Persiaran APEC,
    63000, Cyberjaya.

    No Telefon: 03-83119989
    Hours: 
    Open today · 11AM–10PM

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com