Jumaat, 13 Januari 2017

Apakah Ciri Hard Disk terbaik?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tahun 2016 yang lalu meninggalkan banyak kenangan indah kan. Semua kenangan diabadikan dalam gambar di telefon sahaja. Bila tengok semula dah semakin banyak sehingga beratus ribu gambar di dalam memori telefon membuatkan smart phone penuh dan lambat. Nak dibuang mesti sayang kan. Jadi, penyelesaian terbaik simpan gambar-gambar di ruang memori komputer. Tapi, terfikir pula kalau komputer dijangkiti virus. Oh Tidak! Semua gambar kenangan bersama orang tersayang lenyap begitu sahaja. Hati tak keruan. Terus moody. 

Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi. Di sini, ada cara penyelesaian yang terbaik. Adakah anda sedang tercari-cari hard disk yang sesuai untuk simpan segala data-data anda? Simpan segala data atau gambar anda pada external hard disk. Mudah kan. Boleh bawa ke mana sahaja hard disk ni. 

Tapi perlu diingat, kena juga tahu ciri-ciri terbaik sesebuah hard disk untuk kegunaan yang anda inginkan.


Jalan-jalan window shopping di laman web LAZADA, LeYa terpandang akan satu Hard Disk, 
ADATA HD720 2TB USB 3.0 Water/Dust/Shockproof IP68 Ruggedized External Hard Disk Drive Portable HDD (Green) - AHD720-2TU3-CGR. LeYa memang dah jatuh cinta dengan rekaannya. Style sangat bagi LeYa.

Lagipula, ia memberi perlindungan penyelesaian untuk menyimpan data mudah alih ADATA HD720 2TB USB 3.0. Bukan setakat itu sahaja. Malah ia kalis air dan tahan debu. Kalau lepas ni tengok hard disk kita tu berhabuk je, tak perlu risau dah. Sangat mudah nak bersihkan habuk-habuk dan sawang-sawang yang ada.


Okay, ciri-ciri terbaik sebuah hard disk ADATA yang perlu kita tahu sebelum memilikinya?



1) Kepantasan memproses data (SPEED)
Ni dah tahun 2017 dah ni. Semua benda nak kena laju kan. Kalau tempat simpanan data kita slow, macam mana kita nak buat kerja dengan pantas. Sekurang-kurangnya, memerlukan 4Mbps untuk membuat pemindahan data secara laju dan teramat laju. (^_^)

2) Tahan Lasak
Hmmm....ni memang LeYa kena cari yang betul2 ni. LeYa sekarang ni dah la suka travel ke sana sini. Nak bawak hard disk sekali travel untuk memudahkan simpan data, risau pula takut rosak kan. Jadinye, memang sangat memerlukan lah hard disk yang memang tahan lasak untuk senang dibawa ke mana sahaja.


3) Kalis Air serta Tahan segala debu dan kekotoran (IP68 Water and Dust Proof Certified)
Hard disk ADATA ini juga memang sangat terbaik kerana melengkapi citarasa LeYa yang faham akan kerjaya seorang blogger. Memang best sangat lah kan bila ada hard disk yang kalis air dan tahan dari segala habuk kat luar tu. Jika tiba-tiba ADATA Hard Disk ni termasuk ke dalam air sedalam 2 meter / 6.6 kaki laut dalam sehingga 120minit, ia masih selamat dan terjamin lagi data-data kita kekal sihat di dalamnya.

 
4) Jaminan Lapisan Ketiga (Triple Layer Protection)
Mempunyai tiga lapisan daripada HD720 yang menggabungkan bahan yang sangat elastik untuk memberikan penyerapan kejutan dari semua sudut.
 5) G-Shock Sensor Protection
Teknologi sensor G-Shock membantu melindungi data anda. Operasi yang ada pada pemacu HD720 berhenti secara automatik sekiranya berlaku satu kejutan untuk data corruption, dan menyambungkan semula kerja sekali kejutan telah reda. Ia menggunakan cahaya petunjuk warna berkod negeri bagi setiap operasi yang berbeza untuk penghantaran maklumat yang mesra pengguna supaya anda sentiasa tahu apa yang sedang berlaku.

 7) USB Cable
Kabel USB mempunyai satu saluran yang kemas yang tidak memungkinkan kabel USB nya akan rosak atau berserabut. Ia menyediakan pengurusan kabel yang elegan untuk dipadankan dengan reka bentuk yang keseluruhannya sangat praktikal.

8) Kapasiti yang diperlukan
HD 720 menyediakan kapasiti ruang storan yang sangat besar untuk anda menyimpan video dan gambar-gambar anda. Ia dapat memberikan anda sebuah pengembaraan yang sangat menarik dan meninggalkan kenangan indah jika ke sesuatu tempat kerana telah pun mempunyai tempat simpanan gambar yang sangat besar.
 

9) Warranty
Ini sangat penting. Kalau boleh nak membeli sesuatu barang tu lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan gadget, sebolehnya pastikan mempunyai waranty atau jaminan sekurang-kurangnya 2 tahun. ADATA HD720 ini pula mempunyai jaminan sehingga 3 tahun. Ia sangat berbaloi dan memang menepati citarasa pengguna untuk memilikinya. 



Sangat ok kan dengan ciri-ciri yang ada pada ADATA HD720 2.0TB ni. Memang lah sangat awesome kan. LeYa pun nak memilikinya. Korang yang berminat, boleh lah terus pergi ke laman web LAZADA untuk membelinya. Sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina akan datang ni, mesti korang dah merancang untuk ke sesuatu tempat yang indah kan. Jadi... Jom abadikan gambar anda itu di HD720 sebelum ianya hilang dan mengecewakan anda.

3 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com