Isnin, 9 Januari 2017

Di Pantai Kuala Linggi, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay guys, a few weeks ago, LeYa dan Otomen saja lah berjalan-jalan mencari tempat untuk bersantai. Jalan punya jalan, dan tersinggahlah di Pantai Kuala Linggi Melaka, sempadan di antara Melaka dan Negeri Sembilan. 

 

Pemandangan di sini not bad. Memang sangat cantik dan tidak ramai lagi pengunjung yang datang ke sini.  LeYa dan Otomen seperti biasa bergambar sakan untuk disemadikan dalam blog sebagai kenangan terindah. 

Kuala Linggi Beach
Air laut yang biru kehijauan, ditambah lagi batu-batu di sana yang mencantikkan lagi pemandangan. Gosh! LeYa miss this place so much.


"The best kind of therapy is beach therapy"

Melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T. dapat menenangkan jiwa dan rasa penat lelah di hari bekerja terasa hilang seketika. Saat manis LeYa bertambah lagi pabila dapat bersama insan tersayang menghabiskan cuti-cuti hujung minggu bersama.


Di bahagian depan iaitu bertentangan dengan pantai, terdapat deretan chalet / homestay yang anda boleh inap di sana. Selain itu, bagi yang suka sedikit aktiviti mencabar seperti tidur di luar, anda juga boleh berkhemah di kawasan pantai. Kawasan pantai yang rata memudahkan lagi untuk anda berkhemah dan menjalankan aktiviti seperti sukaneka, bbq dan sebagainya.


Dah penat berjalan, perut pun mula menyanyikan lagu minta diisi. Kami berhenti di sebuah kedai makan kampung. LeYa dan Otomen memang akan suka makan di kedai-kedai kampung kerana lebih rasa sedap dan enak serta harga pun berbaloi murah. 

Pantai Kuala Lingi, Melaka memang sangat cantik dan indah untuk dikunjungi. Bagi yang ingin bercuti bersama keluarga dengan bajet yang rendah, boleh lah datang ke sini. Pasti anda dan keluarga akan terhibur.

2 ulasan:

  1. mmg ssuai bawa family riadah dekat kawasan cmni, view cntik utk bgmbr jg kan =)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com