Khamis, 2 Februari 2017

Big Bowl Ice Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama jugak entry ni terperam dalam laptop kesayangan LeYa. Hari ni baru berkesempatan nak up dalam LeYa Blog. Nak tahu lama tak lama cerita ni, ia berlaku pada 26 Ogos 2016. Hohoho... Sekarang dah pun masuk Februari 2017. Nampak tak betapa peramnya cerita ini di lubuk laptop LeYa. Hehehe...
 
Okay... ketika cuaca panas di Malaysia semakin menjadi-jadi. Setiap kali tidur malam pasti kau orang semua akan bukak kelajuan kipas ke tahap maksimum atau menekan butang air cond untuk menyejukkan ruang bilik tidur korang kan. 
But not for a long time la kan... Beberapa hari kemudian hujan turun membasahi bumi Melaka pada ketika itu. Tetapi bahang panasnya masih terasa walaupun hujan sudah membasahi bumi. Gara-gara bahang cuaca panas itu, LeYa dan dua saudara iaitu Biras Sulung dan adiknya berpakat untuk ke suatu tempat yang sangat sejuk. Dah lama juga LeYa teringin nak makan Ais Krim ni. Dah macam orang mengidam lak lagaknya kan. Kegigihan untuk menikmati Ais Krim tersebut, LeYa pun google lokasi yang berdekatan di Melaka. 

Taaadddaaaaa..... Akhirnya kami menjumpai Big Bowl Ice Room, Batu Berendam, Melaka.


Firstly yang LeYa tahu Big Bowl Ice ni ada 3 cawangan iaitu di Bandar dan Kota Laksamana serta di Batu Berendam, lokasi yang LeYa tuju. Sarat satu wall FB ketika itu kecoh dan viral mengenai Big Bowl Ice ni. Masing-masing berpusu-pusu berkongsikan pengalaman di laman sosial mereka. Okay, kalau tak silap la kan, kitorang pergi pada hari Jumaat, yang mana LeYa sedang mengambil Cuti Rehat. Sampai sahaja di sana, mungkin memang rezeki kami. Tidak berapa ramai orang yang datang. Almaklumlah hari Jumaat. Ramai yang masih bekerja lagi.

LeYa memang sarankan kat korang semua, kalau taknak serabut, datang dan singgah pada hari weekdays. Korang akan dapat nikmati ais krim Big Bowl dengan penuh kerangupan dan kelazatan makan dengan tenang. Hehehe... 


Resepi dia ada pelbagai jenis. Korang pasti rambang mata untuk memilihnya. Ada 2 jenis aiskrim iaitu satu dari jenis air batu campur dan satu lagi adalah snow ice yang macam Ice Room. Kami memilih jenis snow ice untuk makan dalam 4 orang. 

 
Snow ice buah-buahan memang superb terangkat. Portion servings dia teramatlah generous. Sangat banyak. Sehingga naik kembung perut menghabiskannya. Hahaha....


Kalau korang belum pernah cuba dan nak mencubanya bolehlah datang singgah ke sini. Memang pelbagai variasi aiskrim yang anda akan dapat nikmati di sini. Confirm rambang mata nak memilihnya. Pandai-pandai tekak korang lah nanti nak pilih yang mana kan. 


Telatah si kecil, anak buah LeYa kesejukan menghabiskan aiskrimnya. Kesian tengoknya kesejukan tapi bertambah pula tu. Hebat taw!! Budak kecil berumur 2 tahun pun tahu kesedapan Big Bowl Ice ni. Korang jangan tunggu-tunggu lagi. Cepat serbu sekarang! Haha...

 
 
LeYa memang penggemar aiskrim. Korang hidangkan lah apa-apa perisa. Memang confirm habis LeYa sental. Dah nama pun aiskrim kan. Memang favourite LeYa la... Hehehehe.... 

4 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com