Isnin, 29 Mei 2017

Kongsi Seni Teh Tarik bersama 'Hang Tarik' F&N

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


F&N secara terus memberi warisannya membantu rakyat Malaysia menikmati detik citarasa dengan teristimewa memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru 'Hang Tarik' di Mydin Wholesale USJ, Subang Jaya.



Menerusi kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan, F&N sekali lagi telah menggembirakan rakyat Malaysia dengan berkongsi cara terbaik membuat Teh Tarik Ori sempurna bagi keluarga, sahabat handai dan pelanggan.

Buat julung kalinya para pengunjung Mydin berpeluang belajar cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna melalui permainan berhalangan simulasi yang perlu ditamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Penyertaan dari orang ramai terhadap setiap permainan yang dianjurkan memberi satu platform yang menarik untuk berkongsi maklumat, memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan aktiviti yang menyeronokkan. Kalau dahulu, untuk membuat Teh Tarik memerlukan latihan dan pengalaman selama bertahun-tahun untuk menjadi mahir. Namun, hari ini, orang ramai boleh belajar cara membuat Teh Tarik sempurna dengan kemanisan secukup rasa yang lemak berkrim dan berbuih cantik dengan hanya kahwinkan "Susu Pekat Manis F&N" dan "Susu Sejat F&N".

Hang Tarik memberi tunjuk ajar bagaimana membuat Teh Tarik Ori

Antara peserta yang telah memenangi permainan berhalangan simulasi

Seorang peserta bertungkus lumus menyelesaikan setiap tugasan di permainan yang dianjurkan

King Fakir, Raja segala Teh Tarik membuat persembahan Teh Tarik Mega

Wak Jawa juga tidak ketinggalan menunjukkan bakatnya dalam membuat Teh Tarik

Laksamana Melayu juga beraksi di Teh Tarik Mega

King dan Queen beradu tenaga dalam persembahan membuat Teh Tarik
Selain pelancaran tersebut, F&N juga memperkenalkan video F&N Raya dengan Hang Tarik yang baru di mana Hang Tarik F&N telah berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang sedang kecoh membuat persiapan menyambut tetamu pada Hari Raya dengan berkongsi rahsia menyediakan Teh Tarik yang sangat lazat.

F&N Raya dengan Hang Tarik

Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N sentiasa menjadi produk kegemaran dalam gaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi pilihan untuk menghasilkan Teh Tarik yang sempurna.

Para peserta Permainan Berhalangan Simulasi dan Peserta Teh Tarik Mega

Bersama Hang Tarik

Bersama Pengurus Kanan F&N
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari:- www.fn.com.my.

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com