Rabu, 31 Mei 2017

Majlis Menandatangani MOU Antara MYPORT & KOPSTAR Dan Program Raya Bersama SELANGORFM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Majlis Menandatangani MOU Antara MYPORT & KOPSTAR Dan Program Raya Bersama SELANGORFM
Memeterai perjanjian antara sesebuah organisasi dengan organisasi menjadi lumrah syarikat di dalam negara kita atau seantero dunia. Tidak dapat dinafikan, hitam-putih perlu ada untuk mengikat sebarang perjanjian. Terkini, pada malam Rabu 24 Mei 2017, LeYa diberi kesempatan untuk hadir ke satu Majlis Menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR sekaligus meraikan Program Raya Bersama SELANGORFM di tempat letak kereta Park N Ride, Bandar Tasik Selatan (bersebelahan LRT Bandar Tasik Selatan). 


Sambutan Ramadhan kali ini membuatkan penduduk di kawasan sekitar Bandar Tasik Selatan akan lebih meriah lagi dengan kewujudan MyPort KL Downtown di situ. MyPort KL Downtown adalah perintis KOPSTAR dalam usaha membantu ahli KOPSTAR yang terdiri daripada penggiat seni tanah air untuk menjana pendapatan sebagai langkah menghadapi ekonomi yang mencabar kini. 

Para penduduk boleh datang ke Park N Ride Bandar Tasik Selatan untuk menjamu selera dan membeli belah sempena Ramadhan dan Syawal yang akan tiba. Lebih istimewa, mereka akan disajikan dengan alunan muzik atau dendangan lagu di saat mereka membeli belah barangan keperluan Hari Raya. 





Kolaborasi antara MYPORT dan KOPSTAR ini merupakan platform yang terbaik bagi penggiat seni yang masih tercari-cari ruang untuk berniaga. Selain memberikan peluang kepada penggiat seni untuk menjana pendapatan, KOPSTAR juga dalam usaha membina sebuah Hub Muzik Antarabangsa yang diberi nama "Taman Muzik Malaysia".

Taman Muzik Malaysia ini adalah pusat sehenti industri Muzik yang akan menempatkan lapan aktiviti yang mana akan menjana ekonomi dan memberikan anjakan paradigma terhadap bidang muzik. Antaranya ialah Galeri Muzik Malaysia, Pentas Terbuka, Studio KOPSTAR, Bazar KOPSTAR dan banyak lagi.

KOPSTAR juga merancang menjadikan lokasi Taman Muzik Malaysia sebagai lokasi pelancongan hiburan berinformatif negara yang pertama. Ini akan memberi peluang sebagai menjana ekonomi negara.

SAMBUTAN RAYA BERSAMA SELANGORFM

Suasana kampung di Hari Raya
Di kesempatan itu juga, bersempena Syawal yang akan tiba, pihak SELANGORFM ada menganjurkan Program Raya bersama artis-artis tempatan masa lalu dan terkini membuat rakaman lagu-lagu raya. Antara artis yang terlibat membuat rakaman pada malam itu ialah Razak A'ai, Fauzi Hamzi, Maisarah Ukulele, Dato' Royce Sa'ayan, vokalis Pretty Ugly, Al-Farabi Band, Hasnol dan ramai lagi. 

It's Me.... LeYa

Orang ramai yang hadir memberi sokongan dan dorongan kepada MYPORT, KOPSTAR & SELANGORFM

Nyanyi boleh... Main guitar pun boleh... Hebat!!! Inilah penggiat seni terbaik.. Hehehe...

Dengan penuh semangat dan keazaman menyanyi

Persembahan mantap dari Maisarah Ukulele

LeYa dan Syafiera bergambar bersama Dato' Royce Sa'ayan

Ini pula kisah kami bertiga, Razak A'ai, LeYa dan Maisarah Ukulele

Kolaborasi artis-artis tempatan masa lalu dan baru dalam rakaman lagu raya bersama SELANGORFM
Memang seronok kan bila ada program-program raya yang mengingatkan kembali nostalgia di kampung halaman. Terasa sayu dan rindu untuk pulang ke kampung berhari raya. Tidak sabar pulak LeYa rasa nak bercuti balik kampung. Hehehe... Di kesempatan ini LeYa ingin memohon maaf zahir dan batin jika ada kesilapan ejaan, termengata dalam setiap penulisan LeYa atau apa-apa je lah yang membuat korang semua terasa/terkecil hati. Al-maklumlah, terkadang alpa. 

So... buat pembaca setia blog lifestyle LeYa ni, jika ada kesempatan dalam bulan Ramadhan ni, pergilah tengok-tengok dan shopping di MyPort KL Downtown ye. Rugi tak pegi... Macam-macam ada!! Hehehe...

Maklumat lanjut mengenai KOPSTAR, boleh layari www.KOPSTAR.com. atau Klik SELANGORFM untuk dengar lagu-lagu raya yang akan berkumandang nanti.

Korang juga boleh layari untuk tontonan rakaman lagu-lagu raya sempena Program Raya bersama SELANGORFM di saluran Youtube www.youtube.com/illya87 tidak lama lagi. Nantikan ye!!

Park N Ride Bandar Tasik Selatan

Jalan 19/141, Bandar Tasek Selatan, 
57100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com