Khamis, 4 Mei 2017

Perangi Kanser di Relay for Life Melaka 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


22 - 23 April 2017 yang lalu di Dataran Pahlawan, Melaka telah diadakan satu program untuk kesedaran kepada masyarakat memberi sokongan padu kepada pesakit-pesakit kanser untuk meneruskan kehidupan dengan sempurna seperti orang lain.

Penyakit kanser ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk melawannya. Ia adalah pembunuh kedua selepas penyakit jantung di kalangan rakyat Malaysia. Menyedari hakikat ini, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), National Cancer Society of Malaysia (NCSM) telah menjalankan satu aktiviti kepada masyarakat membantu mereka ini untuk melawan penyakit kanser yang menular di kalangan pesakit. Peserta yang telah berdaftar dan secara berkumpulan di Relay for Life Melaka 2017 akan berkhemah satu malam dan bergilir-gilir menjalankan aktiviti sepanjang malam berjalan selama 16jam di sekitar trek yang disediakan berturut-turut tanpa henti. Bermula seawal 6.00 petang dan tamat pada 10.00pagi keesokannya.





Perjuangan menentang kanser yang disahut oleh masyarakat, sukarelawan dan penyokong yang turut hadir memeriahkan acara berjalan kaki selama 16 jam itu telah memberi semangat baru kepada pesakit-pesakit kanser untuk meneruskan kehidupan dengan sempurna seperti yang lain. Semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh masyarakat sekitar telah membantu menyelamatkan nyawa daripada diserang kanser.

Relay for Life Melaka 2017 adalah satu pengalaman yang boleh mengubah hidup masyarakat dari seluruh dunia untuk meraikan kehidupan pesakit-pesakit yang telah berusaha dalam memerangi penyakit kanser ini dengan jayanya.


Relay for Life telah ditubuhkan di Amerika Syarikat dan kini diadakan lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia. Ini membuktikan kesedaran masyarakat dunia untuk turut sama memerangi kanser sangat menggalakkan dan terbukti membantu menyelamatkan nyawa daripada serangan kanser.



Dana yang diperoleh di Relay for Life akan membantu pesakit memerangi kanser dengan menyalurkan dana tersebut kepada peralatan atau ubat-ubatan di hospital-hospital. Setiap ringgit yang diperoleh, setiap pusingan yang telah selesai adalah salah satu langkah lebih dekat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang mana tidak perlu takut akan kanser.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website NCSM: www.cancer.org.my

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com