Khamis, 1 Jun 2017

ANUARFAIZAL Mengetengahkan Fesyen Maestro Moden Sempena Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mempelopori bidang fesyen menjadi trend masa kini. Seperti anak muda ANUARFAIZAL ini. beliau tidak mempunyai pengajian fesyen yang formal malah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Shah Alam. ANUARFAIZAL  dilahirkan di Amerika Syarikat dan mendapat panggilan untuk merubah seluruh kehidupan dan kerjayanya pada tahun 2014 dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam rekaan fesyen untuk busana lelaki dan juga adi-busana untuk wanita. 


ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah terhadap ciri-ciri yang ada pada pakaian tradisional bagi mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional. Alah bisa tegal biasa. Rekaan Anuar menjadi kontroversi atas sebab merasakan yang Anuar terlalu berfesyen sehingga tiada rasa sensitif terhadap konsep baju Melayu tradisional.


Menyedari hakikat itu, ia telah memacukan publisiti jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka "kontroversi". Nama beliau menjadi bualan di kalangan selebriti tempatan, menjadikan dirinya sebagai Couturier peribadi dan menjadi pereka pilihan untuk Raja Sehari yang mana memberi fokus kepada rekaan yang mewah, glamour dan elegan. 

Pada hari Rabu 24 Mei 2017, satu Pameran Seni dan Persembahan Fesyen telah diadakan di Galeri Seni Universiti Malaya. Koleksi ANUARFAIZAL ada dipamerkan di situ buat semua tetamu yang hadir dengan diberi dorongan dan galakan oleh kurator galeri, Puan Hazlin Anita. ANUARFAIZAL sekali lagi dinobat sebagai ikon perniagaan yang akan membuat pasaran Antarabangsa. ANUARFAIZAL sudah pun bersedia menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain untuk menakluki industri fesyen di Malaysia.





Koleksi #AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi ekslusif yang terdiri daripada Kurta dan Seluar Slim Fit yang juga boleh dijadikan Baju Melayu jika digayakan dengan sampin instant, ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL dan jubah pendek yang pertama seumpamanya di Malaysia.




Fabrik yang digunapakai dalam setiap koleksi fesyennya diimport dan dilabel sebagai "AIR-FLEX", di mana ia merupakan AIRY dan FLEKSIBEL. AIRY sangat sesuai dipakai di negara yang bercuaca panas dan lembap seperti Malaysia. Manakala FLEKSIBEL pula merujuk satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz yang lebih besar. 

Koleksi #AFBYANUARFAIZAL juga mengetengahkan kemas dan minimum sebagai elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi tahun 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih  mampu menampilkan lelaki yang moden dan bergaya dan sesuai dipakai di Hari Raya. 



Kesemua koleksi fesyen ANUARFAIZAL boleh didapati di laman media sosial seperti di bawah; 

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com