Monday, 17 July 2017

7 Tips Percutian Bajet Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Yeah!!! Best nye kan bila dapat bercuti bersama keluarga! Memang saat yang ditunggu-tunggu terutama sekali anak-anak. Betul-betul tak sabar dan teruja kan untuk balik kampung jumpa datuk, nenek dan saudara mara. Ada juga yang ternanti-nanti untuk bercuti ke luar negara atau mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam negeri.

Lebih menyeronokkan lagi apabila kita mempunyai keluarga yang besar. Masa inilah semua adik-beradik yang berjauhan akan berkumpul dan bercuti bersama.

So, bila bercakap tentang pergi bercuti, kebiasaannya memerlukan perbelanjaan yang agak banyak. Yang mana nak fikir tentang penginapan, kos makan semua ahli dan juga pengangkutan. Jadi, macam mana untuk dapatkan percutian bajet tetapi berbaloi dan seronok bersama keluarga?

7 TIPS RANCANG PERCUTIAN BAJET BERSAMA KELUARGA


1. Packing Makanan Siap-Siap

Sebelum memulakan sesuatu perjalanan, adalah disarankan untuk menyediakan / membawa makanan dari rumah. Ia boleh dimakan semasa dalam kenderaan atau berada di lokasi rehat dan rawat. Pasti tambah seronok kan bila satu keluarga berhenti di kawasan R&R secara beramai-ramai dan nikmati hidangan makanan bersama-sama. Jimat, Seronok dan Kenyang!


2. Rancang Waktu

Ini adalah yang sangat penting! Anda perlulah merancang trip anda sebelum bercuti agar tidak bertembung dengan jammed di jalan raya. Sekurang-kurangnya ia membantu dalam penjimatan minyak kenderaan anda. 

Jika anda menaiki kereta api atau kapal terbang, rancang waktu tiba agar anda tidak sampai lewat dan tidak perlu keluarkan duit extra untuk sampai ke destinasi.

Bila ada promosi, cepat-cepat lah grab untuk dapatkan harga tiket yang murah.


3. Tinggal di Homestay

Untuk menjimatkan lagi perbelanjaan percutian, anda disarankan untuk menginap di homestay. Ini kerana harganya jauh lebih murah berbanding di hotel. Kebiasaannya juga, homestay turut menyediakan dapur lengkap untuk anda memasak bersama keluarga dan ia dapat menjimatkan duit dari bayar makanan yang mahal. Dan, anda juga boleh menyediakan makanan sebelum keluar berjalan-jalan. Homestay bukan sahaja besar dan selesa, malah anda akan rasai seperti berada di rumah sendiri. 


4. Cari Aktiviti Yang Tidak Perlu Belanja Banyak

Pada setiap penginapan seperti hotel mahupun homestay, kadang-kadang ada disediakan beberapa aktiviti menarik dan secara percuma kepada pelanggan mereka terutamanya kanak-kanak. So, sebelum anda menempah, lebih baik cuba dapatkan info dahulu tentang segala aktiviti yang disediakan dan ditawarkan serta festival yang diraikan jika ada.

Lebih banyak aktiviti yang disediakan secara percuma, lebih banyak wang anda dapat jimatkan. Kalau tak ada sekalipun, anda sendiri boleh merancang aktiviti yang hendak dilakukan di pantai, kolam renang, tasik, taman mahupun di kampung halaman. Sebagai contoh, anda boleh jalankan aktiviti seperti berbasikal, lumba lari atau renang, main tarik tali, memasak bersama keluarga dan banyak lagi aktiviti menarik yang boleh difikirkan.


5. Kunjungi Restoran yang Sediakan Promosi

Terdapat banyak restoran yang sediakan set makan tengah hari yang lengkap dengan air. Jadi, anda dapat menjimatkan kos makan dari membeli secara bufet.

 

6. Gunakan Kelebihan Keahlian

Ada di antara hotel mahupun penerbangan akan memberi "point" kepada setiap ahlinya. Jadi, anda bolehlah menggunakan "point" tersebut untuk menebus tawaran menarik yang disediakan seperti diskaun harga penginapan atau pun tiket kapal terbang murah.


7. Cari Alternatif Yang Kurang Popular

Anda dinasihatkan untuk memilih waktu yang paling sesuai untuk bercuti terutama di waktu yang kurang sibuk. Contohnya, pada waktu pagi untuk keluar menempuni perjalanan yang lancar ke sesuatu tempat. 

Selain itu, di waktu kurang sibuk ini juga, anda boleh buat pemilihan harga hotel, tiket kapal terbang sebelum menempah. Hotel-hotel atau homestay akan jauh lebih murah di waktu kurang sibuk ini berbanding waktu cuti sekolah, cuti umum mahupun musim perayaan. Jadi, anda perlulah buat sedikit research sebelum pergi bercuti. 

Namun, harus juga diingat! Dalam pada merancang percutian bajet, janganlah juga terlalu berkira dengan anak-anak sehingga mereka tidak berasa gembira dan seronok ketika bercuti bersama. Fikirkanlah di waktu cuti inilah masa yang sesuai untuk anda dan anak-anak serta keluarga meluangkan masa bersama-sama. Kenangan dan memori bercuti bersama keluarga ini pasti tidak akan dapat dilupakan dan dapat di waktu lain.

Bercutilah mengikut bajet yang telah anda rancangkan dan sediakan! 
Bercuti ikut kemampuan bukan kehendak!


Sumber Rujukan: Sirap Limau




Reaksi kOrang:

3 beri komen di sini:

Forberita said...

thanks berkongsi tips. :)

Jemput Singgah :Cara Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS

penaberkala nuar said...

Seronok kam bercuti bersama family
Dah lama tak buat family trip macam ni

LeYa n Otomen Taro said...

Forberita | Sama-sama... Dan thanks jugak sebab sudi singgah.

Pena Berkala | Yup..memang sangat seronok bila dapat luangkan masa dgn family...