Thursday, 13 July 2017

Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

11 Julai 2017, seharian LeYa menyambut Riang Ria Aidilfitri di tempat LeYa bekerja iaitu di Ibu Pejabat LHDNM. Suasana yang cukup meriah dan diserikan lagi dengan pelbagai aneka juadah yang lazat-lazat untuk dinikmati. 

Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya
Auccaaakkkkk..... Selamat Datang Semua ke Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya
Riang Ria Aidilfitri - "Kemenangan Dirai, Kesederhanaan Dihayati". Tema yang cukup baik untuk diingati. Bersama rakan-rakan sepejabat menuju ke tingkat 2 iaitu Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya untuk merasai kemeriahan Riang Raya Aidilfitri di situ. Bahang kemeriahannya sudah mula terasa saat memerhatikan keadaan di tingkat 1 mula dibanjiri staf pejabat yang lain. 

Lokasi pertama yang LeYa tuju untuk mengisi perut adalah Apam Balik. Mana taknya, nak beratur ambil kambing golek, punyalah panjang kan. So, LeYa decide lah pergi yang mana tak ada orang dulu. Hehehe...

Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya

Tak sah kiranya tidak berwefie dan berswafoto kan. Di kesempatan yang ada ni dan pakaian pun dah cantik, kami pun bergambar di setiap ruang dan sudut photobooth yang disediakan. Tengok LeYa tuh!! Terexcited lebih pulak dalam gambar! Hahaha...
Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya
Ayu sungguh la memasing kan dengan posing ala perempuan Melayu terakhir...Hehehe...

Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya
Mari...Mari...Mari... Datanglah dan Rasailah kenikmatan juadah makanan yang tersedia

Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya
Ketupat dan Rendang sudah tersedia...

Riang Ria Aidilfitri LHDNM, Cyberjaya
Eh! Alamak! Sejak bila pulak lah LeYa jadi DJ RTM ni...Hahaha...
Seronok kan bila sesekali kita dapat meluangkan masa bergembira dengan rakan-rakan setelah di bulan-bulan yang lain sibuk di tempat duduk membuat kerja masing-masing. Itulah bestnya Hari Raya. Menyatukan ikatan silaturrahim antara satu sama lain lebih erat lagi. Akhir kata dari LeYa, salam sayang buat para pembaca LeYa yang dirindui dan disayangi. Salam Aidilfitri sekali lagi diucapkan. Raya kan sebulan. Hahahaha....
Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini: